Perasaan saya ni serba salah jadinya. Entahlah macammana saya nak memulakan entri sakit hati ini. Kata orang, buat apa pendam rasa hati? Buat kacau jiwa sendiri ajer. Tapi, saya manusia yang mahu mula belajar untuk menghormati perasaan orang lain. Bukanlah maksud saya ini, menyatakan yang selama ini saya tidak pernah menghormati orang lain. Cuma saya akui, saya ini manusia biasa. Banyak melakukan perkara syok sendiri yang saya rasakan tidak terniat untuk menganggu dan mengguris perasaan orang lain. Walhal, pada orang lain besar impaknya. Saya cuba perbaiki beberapa perkara itu sekarang. InsyaAllah, Cuma saya perlukan komen orang atau gerak hati dari Allah untuk saya ketahui apa yang saya lakukan mengguris sedikit perasaan orang.
Beberapa waktu kebelakangan ini, saya geram, kecewa, marah dan sangat sakit hati dengan fe’el jiran saya. Macam-macam fe’el, tapi saya boleh sabar, sebab saya selalu ingatkan pada diri saya, mungkin saya juga seperti mereka, cuma saya tak perasan. Kalau ikutkan hati, saya rasa mungkin berpindah randah kalau saya melayan sangat rasa tidak puas hati dengan orang sekeliling. Tapi InsyaAllah, selagi saya berpegang, manusia itu pelik perangainya dan pelbagai warnanya, selagi itulah saya tidak kisahkan semuanya itu.
Cuma sakit hati untuk entri ini, adalah sebab Parking kereta sesuka hati. Menyayat hati rasanya, kalau saya serang dengan sumpah seranah. Yerlah.. benda kecil begini, tak perlulah kita sebagai jiran nak tunggu hint-hint dari jiran lain. Selagi Jiran tak bunyi, selagi itulah kita letak kereta sesuka hati sehingga sangat menganggu jiran sekeliling dan orang awam lainnya.
Sedarlah wahai anda sekalian, kita hidup di dunia ini berkongsi segalanya. Bila berada dalam perkongsian, utamakan sahaja sikap bertimbang rasa. InsyaAllah, hidup kita tidak sepi dari di berkati oleh Allah.
Pandai-pandailah merasa bersalah sekiranya apa yang kita lakukan akan menyusahkan orang lain. Hidup berjiran memerlukan persefahaman dan timbang rasa. Bukannya agak-agak ok sahaja. Kalaulah anda sekalian mempunyai 2 kereta, Parkinglah satu di dalam, dan satu lagi di luar pagar yang letaknya tidak menganggu jiran sebelah untuk keluar masuk dari kawasan mereka dengan mudah.
Tolonglah… Bukan saya tak mahu, menasihati anda sendiri, Cuma saya berhati-hati dan saya tidak mahu sebab sekecil ini akan menjadi sekam untuk kemudian hari. Saya tidak terlalu mengenali anda, jadi saya tidak tahu anda seorang yang cepat terasa hatinya atau tidak.
Sekian luahan saya hari ini. Rasa lega pula bila dapat meluahkan. Saya risau bila meluahkan pada jiran lain, hasilnya akan menjadi lain pula. Takut penyampaiannya menjadi salah dan apa yang di elakkan akan lebih menjadi buruk. Terima Kasih blog!
No comments:
Post a Comment