Friday 29 April 2011

Aku cerita pasal Politik? Macam iyer... iyerr...

Saya semakin risau dengan peradaban manusia yang terang-terangan membawa kerosakkan untuk generasi akan datang. Sungguh-sungguh saya takut dengan apa yang berlaku sekarang ini. Saya sudah lama tidak menonton TV3 terutamanya Buletin Utama. Saya bukanlah seorang yang terlalu taksub dengan Pembangkang. Saya juga bukanlah manusia yang tidak reti bersyukur dengan apa yang ada di Malaysia sekarang ini.

Tetapi secara realitinya jiwa dan pemikiran saya sentiasa suka melihat apa yang benar  dari yang tidak. Sejak tahun 1998 lagi dan sejak kes Dato Seri Anwar Ibrahim di telanjang bulatkan maruahnya di hadapan sekalian manusia dan terutamanya ahli keluarganya sendiri saya merasa ada yang tidak kena dengan politik di Malaysia. Apalah sangat kiranya kesalahan seksnya, kerana dalam kepimpinan yang tertinggi sebelum itupun ramai dan banyak yang telah membuat onar lagi teruk dari yang mereka perkatakan tentang DS Anwar.

Mungkin untuk menyerang DS dari segi rasuah mereka tidak berjaya. Sebab bukti susah nak di buat. Lebih memudahkan untuk mencalar kewibawaan DS, mestilah tentang kesalahan Seks. Liwat!! Dari permulaan kes tu saya tengok terlalu banyak pincangnya. Dengan Trivoli Villa yang sedang dalam pembangunan, dengan tarikh kes yang di tunda sesuka hati. Isyyy Biarlah saya percaya DS itu bersih dari membiarkan saya menanamkan fitnah di dalam diri saya. Kalau iyerpun benda tu berlaku, biarlah dia dengan urusan ALLAH. Saya juga manusia biasa, yang takkan lepas membuat salah di atas dunia ini. Saya takut kepercayaan saya akan di balikkan kepada anak cucu serta generasi saya seterusnya nanti. Mintak di jauhkan.

Saya terfikir kenapa beria-ia benar kepimpinan tertinggi mahu memadamkan terus DS dari senarai nama orang berkuasa di Malaysia? Pada saya silapnya bermula dari DS sendiri. Dia mewar-warkan tentang segala kebusukkan di dalam parti, tentang rasuah yang melibatkan peringkat tertinggi di dalam parti. Itu sebabnya perancangan di buat untuk memansuhkan terus DS dari menaiki takhta.

Dengan segala media dan segala institusi tertinggi yang di pegang kerajaan, memang jenuhlah untuk mematikan langkah fitnah yang semakin bersiri ini. Kecuali, Media dan institusi itu sendiri bertindak berani mengendahkan segala suruhan tangan-tangan ghaib. Insya Allah mungkin semua ini akan berakhir. Itu pun dengan izin ALLAH lah. Kalau ALLAH kata DS, "Kau punya cabaran tidak mati di sini. Ada lagi... maka berterusan ler sehinggan ALLAH sendiri menghentikan takdir ini.

Selamat berjuang DS. Mana yang elok, saya ikut jer. Sebab saya pun dah muak dengan harga barang yang tak menentu sekarang ini. Mungkin ini masalah kecil bagi orang-orang yang berkeluarga kecil. Tapi ingatlah, pembangunan insani itu bermula dari keluarga. Cukup makan, Cukup cantik sosial keluarga, maka cantiklah masyarakat..

Thursday 28 April 2011

Sayur Kobis goreng bersu'un

Kadang-kadang saya pelik tengok anak-anak saya. Ada masa mereka suka makan kobis dan adakalanya mereka memilih pula. Tak di usik langsung kalau mood mereka tak nak makan sayur. Saya dengan en Hubby ler kadang-kadang perabis bagi licin.

Lama-lama bila saya mengkaji (cehhh!! haha) rupanya anak-anak saya ni tak suka kobis yang di goreng kurang pedas. Kalau orang lain, bila saya berbelanja barang basah. Saya tengok mesti mereka beli lada hijau besar tu dekat berkilo-kilo. Tapi saya tidak dan jarang sangat saya beli lada cili besar tu. Saya pulak akan beli dekat sekilo lada cili padi untuk stok masak. Untuk masak sayur, atau ikan, ayam atau apa sahaja, saya akan gunakan lada cili yang kecil tu. Untuk hirisan mahupun untuk lemak cili padi semua saya gunakan lada cili kecil. Kecualilah saya teringin nak masak Nasi ayam.. hmpphh terpaksa ler saya beli lada cili merah besar tu. Itupun empat atau lima batang sahaja. Kadang-kadang nak beli pun segan sebab sikit sangat hehe..

Sayur kobis ni, saya lebihkan hirisan cili kecil tu, letak su'un dan tauhu kering. Saya tengok anak-anak laju pulak makan. hmppphhh memilih sungguh... adehh

Telor Masak Kicap

Semalam pagi-pagi saya dah termenung sakan. Malassssnyaaa Ya Allahhh... Sangattt malas. Pagi ni saya kena masak juga, sebab anak bujang saya demam hari ni. Dia ada di rumah. Tapi demam-demam pun selera dia macam orang sihat. Tak nak sup-sup. Tak selera kata dia. Yang pedas yer!! memang senyum ler.

Saya ni ada dua pilihan kalau saya malas nak masak pagi. Pertama saya akan balik waktu rehat tengahari untuk memasak, atau saya beli di kantin dan hantar ke rumah. Tengahari anak-anak balik sekolah, kesian pula kalau tak ada apa-apa di dapur. Tapi kadang-kadang saya mengelat jugak, saya bagi duit belanja lebih untuk anak-anak beli apa-apa di sekolah untuk makan balik nanti. kesiankan!! hehe Nak buat macammana. Kerja.

Saya sambung balik pasal starting nak cari idea pagi tu eh. Saya pandang ikan yang sedang keras, Saya jeling pula daging yang lagilah keras. Hmmppp Last-last saya ambil telor. Saya masak ler lauk Telor masak kicap ni. Masak kicap memang kesukaan anak-anak. Janji lada cili dia lebih segenggam, memang ler licin.

Gambar ni pulak, saya ambil dalam bekalan saya ke Office. hehe, sebab saya pun suka masak kicap. Jadi saya makan tengahari semalam. Licin gak! Camner diet? Ah lupakanlah kejap..

Wednesday 27 April 2011

Ubi Goreng

Sabtu lepas encik Hubby awal pulak balik dia. Dia bawakan saya dan anak-anak Ubi Goreng. Balik-balik tu dia cakap...

"La, buatkan sambal kicap, abang tengok sambal kicap dia tadi cair macam air, tak lalu pulak nak ambil"
"Ok Yang! Waits se minit" kata saya.

Kebetulan masa tu memang saya nak buat sambal kicap pun, tak tau kenapa sebab macam ada rasa nak buat.. hehe sejiwalahhh..

Ni hahh Ubinya, cam batang kayu pun ada.. hahaha iskkk tak berkat ler asyik nak ngomel jer, tukar ler.. Sedap ler gakkkkk (haha nada lebih kurang jjeerrr)

Acar Ikan berempah


Saya suka sangat lauk ni. Sedap dan jimat tenaga. Ada ikan, ada sayur dia sekali. Kat rumah ni, kalau makan pun tak berapa leceh. Ada Nasi, ada satu lauk pun dah cukup. Ada orang, kena ada ikan goreng ke ayam goreng ker, walaupun dah masak kari ker lemak ayam ker. Tapi kat rumah saya, satu lauk cukup. Mudahkan.

Tapi, kalau masak lemak sayur ker, lauk bening ker, hahh sambal dan ikan ke ayam wajiblahhh. Kalau tak ada, saya pun tak lalu nak makan. hehe. Okey, masak ni senang jer, Goreng dulu ikan tu. Lepas tu, masak Acar timun dengan lobak tu macam ala-ala Acar Johor yang dulu-dulu orang buat masa kenduri kahwin tu tapi bezanya letak rempah kari jer, then gaulkan dengan ikan goreng tu.. Mak Aiiihhhh.. sedapp.

Urusan Selesai

MPPG hantar memo tahun lepas, Rumah atau kedai atau apa saja bentuk bangunan yang sudah di ubah suai di kawasan Pasir Gudang, di wajibkan untuk buka pelan. haha, tergelak saya sebenarnya. Rumah beli dah ler bank ambil berdouble-double dari harga asal, dengan cukai tanah, cukai rumah yang perlu di bayar lagi. hahaha gelak lagi...

Ni, dengan pelan rumah yang memangnya hak kita sendiri punnn nak kena catu ubahsuainya. Zaman sekarang memang wajib ada harta sendiri, Tapi bila berharta macam ni, masih lagi bukan di bawah kuasa tuan rumah. Undang-Undang???? hahahaaaaa undang-undang yang menyusahkan orang buat apa? Kalau dia bantu tengok-tengokkan dan jeling-jelingkan cara jual beli bank yang sangat mencekik darah takper. Kita jugak yang susah.

Dengan zaman sekarang ni, kalau keluarga ada 6, 7 8 orang, dengan rumah 3 bilik, manalah nak cukup, klau tuan rumah tak pandai-pandai adjust mana yang patut. kalau anak 8, 4 perempuan, 4 lelaki. ok juga. Satu bilik mak ayah, 1 bilik anak lelaki dan 1 bilik anak perempuan, amekkk macam ikan sardin dlm tu. Tapi kalau 1 lelaki, 7 perempuan? Tak merana?

Tu yang bila baca paper, kerajaan bukan tak tau, faktor suasana rumah tu sendiri buat bebudak stress takmo lepak kat rumah. Kalau dah ruang tamu sempit, bilik kecik. Mananya nak privasi? Hahh!! ni kang ada pulak yang cakap  apasal tak belajar tinggi-tinggi? Kalau kerja gaji besar kan senang nak beli rumah besar? Apasal masa nak beranak tak fikir? hahahaha sungguh sengal penyataan macam ni..

Semalam urusan saya selesai, ke Pejabat Tanah dan Galian, Ke Pejabat EPF dan urusan buat Kad Pengenalan anak yang sulung pun selesai. Alhamdulillah. Sebelum-sebelum ni kalau saya berurusan dengan orng kerajaan, hampir pukul 5:00 baru selesai, tapi sungguh saya tak sangka, sekarang mereka dah terlalu update cara pengurusannya, Setiap satu jabatan yang saya pergi, tak sampai pun setengah jam. Selesai!! Senyum ramah pun terpancar sekarang. Mungkin makcik-makcik tua yang bermasaalah rumahtangga sudah tak di benarkan untuk duduk di kaunter. Baguslah. Semua cantik-cantik belaka. Yang seusia dengan saya pun jelita dengan solekan ala kadar serta fesyen tudung yang tak senget-benget..

Fesyen mereka sekarang dah update. Saya suka!!! Borang saya tak lengkap pun nampak senyum mereka tak fake. Alhamdulillah.

So, balik semalam dalam pukul 2:00 petang, saya singgah sini . Giant Plentong. Makan.... lapoooooo sangat. Saya order Nasi goreng kampung, dan suami lak order Sup Tulang dan nasi putih. Saya makan dengan lahap, dari parking nak ke tempat makan ni saya rasa macam jalan atas angin. melayang jer..

Tuesday 26 April 2011

Lemak Labu

Cair!! itu yang saya boleh cakap! Kenapa? sebab santan kotak tinggal suku, saya masak lauk ni pun semangkuk jer. Ingat tak laku, sebab anak-anak ni sayur memilih sikit. Larrr rupanya laku jugak.. sreet..sriittt mangkuk kena seret dek sudu. Kesian ler pulak.. Mana taknya ada lawan dia, ikan Kering dengan sambal tomato. Lauk ni saya masak tatkala ada hidangan Sotong Oriental di bawah, beleklah eh..

Takper, ada lagi satu suku labu yang belum di usik. Ingatkan nak try buat bingkaa... Tapiiii tak retiii uwwaa!! Saya memang failed bab kuih muih. hehe

Monday 25 April 2011

Sambal Tomato






Bahan-bahan

10 biji lada cili
3 ulas Bawang putih
1 biji Bawang merah (sikit jer)
segenggam kecil ikan bilis halus
Gula
Garam
Serbuk perasa
Tomato di belah 2 (1 bhgn di hiris nipis)

Dengan minyak yang sangat sedikit dan api yang sederhana, tumiskan kesemua bahan, campur menjadi satu. 1 bahagian tomato tu pun di goreng sama. Agak-agak macam dah semuanya layu, Tumbuk sekali harung semuanya. Sebelum di hidang, rasakan agak-agak apa yang kurang perasanya, tambahkan yer. 1 bahagian tomato lagi tu hiris nipis, biar masa ngap dengan nasi tu kita dapat feel yang umpphhh.. hehe

Sambal kicap

Untuk menambah koleksi lauk pauk yang saya masak, saya nak letak jugak gambar sambal kicap ni. Sambal kicap ni, kalau pandai pelbagaikan memangg sedap.

Saya pernah makan sambal kicap yang sedaaaaappp rasanya, cuma entah kenapa, kemalasan yang melanda saya buat derkkkk ajer . Langsung tak tanya resepi. Mungkin kalau saya rajinkan diri berjalan di alam maya, mungkin jumpa kot resepi sambal kicap sedap. Tak bertemu jodoh lagi nampaknya.

Okey, saya macam rajin pulak nak letak resepi dia hehe

10 batang lada cili
5 ulas bawang putih (bawang putih sangaaatt bagus untuk kesihatan, jadi lebih-lebihkanlah yerr)
gula
serbuk perasa
garam secoeeeeettt jerr
1 biji lumai kasturi
kicap ler yg wajibnya.

Tumbuk lada, gula, garam, serbuk perasa dan bawang putih sehabis lumat. Masukkan kicap, manis atau masin (ikut suka) Bila kepekatan dia dah sedap di pandang mata, perahkan limau, asingkan biji dia (pahit loorr).. Godak sampai semuanya bersatu padu. Masuk dalam bekas, simpan dalam peti sejuk.

Sotong Oriental

Anak saya yang lelaki ni dia punya nafsu makan pelik sikit. memilih pun iyer. Pening saya fikir, dia ni ikut belah sapa agaknya eh. Ayah dia, belasah jer apa yang ada. Mak dia pulak, seafood-seafood ni amat ler kurang minatnya. Masalahnya dia ni, kalau dia sukakan udang, Udanggggg manjang dia tanya. Kalau waktu dia sukakan sotong pulakk, sotonggggg ajer. Deria bau dia pun boleh tahan.

Kalau dia balik dari main (saya bagi kelonggaran dia boleh main dari pukul 6:00 petang hingga pukul 7:00 ptg, setiap hari) tu pun sebab dia habis sessi sekolah agama pukul 4.30 petang. Masuk ajer pintu rumah, hidung dia macam boleh tangkap kalau saya masak udang atau sotong. Yeh!! yehh!! mak masak sotong.. Adehh tak boleh nak berahsia langsung.

Kadang-kadang saya suka dengki dia, saya letak sayur ajer bawah tudung salji. Itu pun kalau masakan yang dia suka dah siap lebih awal ler, saya sorokkan hehehe... Saya suka tengok memek muka dia yang hancur luluh bila ada sayur ajer bawah tudung salji. Dialog dia mesti macam ni

"Alaaa lauk ni ajer" Dengan muka hancur sehancurnya.. "Mak tak masak apa-apa lagi ker?"

Saya pulak dengan muka lakonan yang paling handal " Takk... mak penat ler, takper.. makan jerlah apa yang ada" hehe

"Ameen malas makan, beli burger jer mak eh. Ameen lapar sangat ni"

Saya jawab lagi, Tak ada duit dalam beg mak, tengahari tadi mak makan kat luar, tak sempat nak ambek duit"

Dia jawab.." Mak ni!!!" dengan airmata.. hahahaa

Dan saya sangat suka bila masa makan, saya hidangkan lauk yang dia suka, mata dia membulat, sengih dia melebar, hidung dia pulak, konpem jadi serombong kapal. Dia tak cakap apa-apa, mungkin dia malu sebab dia menangis petang tadi hahahahaa...

dahh jom, ni sotong Oriental, saya ambil resepi di rumah hanamemories yang berada nunnn di jepun sana.. Silalahhhh. Lauk ni memang sedap, lain dari yang saya selalu masak sebelum ni. Ada rasa kari & tomyam. Tq cik hana

Nasi Lemak

Malam tadi, Iera balik dri Tiusyen lebih kurang pukul 10:00 malam, dia kehairanan. Mak kenapa mak blender lada malam-malam (haha.. nampak sungguh terkejut, almaklumlah, masa dia pergi tadi, dia tengok saya bertendang sakan kat dapur, balik pun bersilat tak siap lagi)

Saya cakap, "entah ler mak macam rajin pulak nak buat Nasi lemak esok".

"Hissyyyy bestnya" jerit dia tiba-tiba, Boleh tak kakak bawak pergi sekolah besok?

Saya cakap, "Larrr memang pun mak nak suruh awak bawak pergi sekolah. Habis menanah telinga mak ni, asyik cakap, kawan awak bawak lontong kering ler, mihun ler.. hehe. Dia?? sengih macam kerang busuk jer.

Entah, saya pun tak tahu rajin pulak malam-malam ni blender lada. Bukan sebab boring dengar dia membebel pasal bekal kawan dia tu sebenarnya. Yang sebenarnya, 3 hari ni sibuk Metro, Kosmo cakap lepas ni kantin tak boleh jual Nasi lemak. Dan..dannn tu jugak saya terliur dengan Nasi lemak. Maka pagi ni saya bekalkan suami dan 3 anak dengan rumah penjaga anak sekali. Saya? macam biasalahhh saya suka masak jer, untuk makan sendiri punya, jamah jer ler..

Ok, jomm tengok gambar jer.. nak resepi? alaaaaa jom gi umah ni... Lestari Kehidupanku

Akademi Fantasia 9

Saya bukan peminat tegar AF, Kalau tanya siapa juara AF sehingga ke-8? Bohong ler kalau cakap tak kenalkan. Dah tentu ler, Metro, online semua mesti cerita pasal AF kan. Ok, yang saya kenal, Mawi, Cina sorang tu sapa eh.. lupa lah, Stacy, Mila. Tu jer setakat yang saya ingat hehe. Yang lain lupa betul. Hah.. sorang lagi Shahir.. kan? betul kot...

Banyak-banyak pelajar (pelajar ker??) AF yang saya nampak bakatnya, adalah Stacy. Walaupun lagu dia menyenakkan perut kalau dengar, tapi muzik, suara serta aksi dia di atas pentas tu saya anggap dia sudah berjaya melawan arus bagi penyanyi yang baru nak bertatih. Setaraf dah dengan Ella. Silap-silap Ella tu berada di bawah Stacy? Kenapa? penyanyi melayu, standardler takkan ada yang kekal popularitinya macam artis hollywood. dengan kata lain makin tua, makin di kenang.Artis Malaysia tak macam tu, artis Malaysia akan di lupakan bila senja usia akan mendekat. Nampak kejamkan statement? memang ler, kenyataan tu kadang-kadang pahit.

Kalaulah ada yang menyangkal kata-kata saya ni, ok ler. Kalau di kenang pun wujudnya mereka, cara apa kita nak kenang mereka? Cara bagi award? bagi title datuk sana sini? Takkkk saya rasa itu semua tak sesuai. Saya rasa, bila mereka sudah tua, jadikan mereka se ekslusif boleh. Berikan bayaran mahal pada mereka. Kalau perlu peruntukkan untuk mereka sama macam hero dan heroin punya keistimewaan. Ituuu baru betul, kita kenang jasa mereka.

Ahh!! saya suka menyasar dari apa yang saya nak cakap.. uhhh. Ok, balik kepada AF. Setakat yang saya tonton AF ke -9, untuk satu konsert, konsert ke-4 kot hehe. Saya perhatikan, Aznil banyak berubah dari biasanya. Dia nampak terlalu yakin yang dirinya sangat di perlukan peminat untuk mengakhiri musim-musim AF. Saya tak nampak dia santai macam dulu-dulu sekarang ni. Nak kata over, Aznil memang over beb. Kalau dia tak over, kaku pentas. cuma ada sesuatu yang menampakkan yang dia yakin  dirinya terlalu disanjung peminat. saya berharap sangat, tolonglah menjadi biasa Aznil. Maknanya kena kurangkan rasa bangga di diri tu bro.

Tentang Juri pula, saya rasa ada yang tak kena dengan Ogy Ahmad Daud. Sebenarnya dari dulu lagi, saya perhatikan Kak Ogy ni layak bergelar tenaga pengajar sahaja. Bukan setakat Akademi AF, tapi, Akademi mana-manalah tentang lakonan. Sebab apa? tak taulah, sebab bila saya lihat setiap drama yang dia lakonkan, setiap itu saya malu nak menonton. Kenapa? entah susah nak cakap. Saya rasa dia ter "emo" bila melakonkan sesuatu watak. Terlalu mahu menunjukkan kesempuraan sehingga dia sendiri tak perasan yang lakonannya sangat berlebihan.

Orang kata cerita Azura, filem box officenya, sangat bagus. Tetapi, bila saya menonton, tak sampai setengan cerita tu, saya mula gelisah dengan Ogy. Saya rasa Arwah (Ibu Raja Ema) jauhhhh lebih baik lakonannya dari Ogy.

Hasil bebelan saya di atas, saya cuma nak menyatakan. Bila Ogy mengkritik, saya mual. Terlalu inginkan kesempurnaan pada orang lain, tetapi diri sendiri berada pada paras yang amat rendah kualitinya. Tidak pula dia sedar.

Sunday 24 April 2011

Ikan Bakar

Pada 9hb April 2011, bertempat di Senibong Permas. Saya menghadiri jemputan rakan-rakan sekolah lama yang mengadakan re-union "SEMEKA" dan maksudnya Sekolah Menengah Adela.

Aduuhhhh terharu, sedih, gembira, sayu semuanya terselit. Sukar di gambarkan perasaan bila melihat dan bertemu semula rakan-rakan sekolah lama. Ada yang maintain badannya, ada yang sudah berisi, ada yang sudah berkahwin, ada yang masih solo. Bila lihat masing-masing melayan karenah anak-anak, masa tu saya rasa inilah satu nikmat yang Allah beri pada saya. Nikmatnya? Nikmatnya adalah nikmat perasaan yang sangat gembira dan ceria.

Lain betul gembiranya bila kita jumpa balik geng-geng lama. Macam-macam yang dia orang order malam tu. Kupang, Udang, Ketam, Ikan, Telor, sayur, Sotong.. Aduussss, sampai saya tak larat nak makan. Saya cuma larat menjamah tanpa nasi. Dengan erti kata lain, saya makan semua tu tanpa nasi. Boleh kategorikan macam menjamah ke tu? hehe.

Ni, gambar ikan yang saya sempat snap malam tu, yg lainnya dah habis licin, baru saya teringat. Habis takkan nak suruh dia orang susun balik kulit kupang dengan kulit ketam yang dah lunyai tu kan.. heheh

Telor Dadar

Kat rumah sangaaaaattt jarang buat telor dadar. Ini pun sebab nak habiskan stok telor free yang saya dapat dari pemberian mak. Majlis kahwin adik saya baru selesai Awal April lalu. Orang Felda, biasa ler bila buat kenduri kahwin, masing-masing tak payah nak berbelanja banyak barang dapur. Sebab apa? sebab adaaaa jer jiran-jiran yang sedekahkah barang. Contoh masa majlis adik saya, dekat 8 kampit beras, free-free jer jiran sedekah. Alhamdulillah.

Bawang besar dekat 3 kampit besar, Telur berpapan-papan, saya rasa mak saya sedekah balik kat jiran after majlis pun berpapan-papan gak. Belum lagi saya cik Limah (mak saya) kasi 2 papan. Minyak masak berbotol-botol. kerepek jangan cakap ler, Plastik besar yang untuk pemborong Kerepek punya tu dia dapat. isyyy isyyyy... Pengsannn!! Tak cukup dengan tu, Tong Gas untuk masak tu pun ada ler dekat 6 botol orang sumbangkan. Lagiii adaaaa lagiii... kuih-kuih untuk rewang pun ada yang sumbangkan. Gula jangan cakap ler ber paket-paket. Sampai saat saya menulis ni pun, saya tengok ada sebundle gula lagi tak habis-habis kat rumah tuh. hmppphhh.. semuanya rezeki Allah ni. Alhamdulillah..

Kadang-kadang saya tertanya-tanya, dengan keadaan zaman sekarang ni eh, ada lagi tak generasi sekarang atau akan datang bersemangat kekeluargaan dan tolong menolong meringankan beban jiran tetangga macam ni? kat Taman perumahan saya ni (contohnyaa) ada tak eh... Hisyyy mintak-mintak ada ler..

Saya rasa, saya nak mulakan ler, bila anak-anak saya dan jiran bila dah besar sok, saya nak menyumbang apa yang termampu dan sekurang-kurangnya kurang beban tuan rumah. kannn kannn

ni apa kes ni, nak tunjuk gambar telur dadar, merepek punya panjang ni... hahaa jom..jommm.. abaikan sambal belacan tu, saja nak buat leleh air hidung jer tu..

Tauhu Goreng Bercili

Stok untuk melicinkan peti sejuk ni biasanya bila anak-anak tengah tak ada mood nak makan nasi. En Hubby pula jenis tak kisah, yang penting ada rasa pedas. Tapi kesian pulak, perut en hubby sekarang pulak macam dah manja. Bila makan lauk pedas je, esok gerenti lawas manjang hehe.

Biasanya bila saya nak buat lauk macam ni, saya akan tanya anak-anak, malam ni nak makan nasi ke tak? Sebab apa? Sebab kadang-kadang sebelum pergi kerja saya masak untuk dia orang makan tengahari. Jadi bila balik sekolah pukul 6 biasanya kalau kena dengan nafsu anak-anak mereka akan ulang makan. Jadi malam kekenyangan. Tapi malam kalau saya masak masakan yang memenuhi citarasa mereka, mereka makan juga, cuma sikit jerlah. hehe

Bila saya dah survey, mereka kata ok, dah kenyang. Jadi saya pun masak ler masakan yang saya suka. Tapi lauk macamni, kena ler ada ikan kering atau ikan goreng. Tapi biasanya kalau saya makan dengan ayah dia, ikan kering ler jadi pilihan. Ok layanzzz..

Teringat masa dedolu saya ikut kawan balik ke kampung di Parit Sulong, Batu Pahat. Lauk ni ler salah satu lauk yang mereka hidangkan. Perghhh besttt

Roti goreng krispiiii

Ahhh..haaa!! Copy paste & print ada ler kerja saya bila saya takde idea nak masak apa. Padahal Makanan Malaysia ni pelbagai.. tetaapppp juga takde idea hehe.

Ahli keluarga saya ni memasing bukannya penggemar roti kosong tegar. Mighty White ker, gardenia ker bila saya rasa nak makan baru saya beli, tu pun kadang-kadang sampai keluar geng kulat, pengakhirannya buang. membazir. Jadi satu hari tu, saya tengok roti gardenia saiz sederhana tu ada baki. Tu pun setelah di tolak 2 pcs paling atas hmppphh. Jadi saya belek-belek fail resepi yang sekali tengok amcam fail Pejabat tanah haha. Hati tu terpaut pulak pada resepi cik hana ni. apa lagi.. alamak tuna takde lah pulakk..

Saya apalagi.. onkan speaker rendah jerr...
"Ameeennnnn.... pergi kedai aunti wanie kejappp" (jualan barang runcit kecilan jer kat rumah).

"Beli Sardinn tin kecikk!!!

"Ok Makkk!!" jawap dia.. eh, macam pelik pulak bila Ameen jawab macam tu.. tapi sejuk ati ler mendengarnya,

selalunya dia akan jawab macam ni --> "laaa... kakak ler pulak"...

Dalam lega tu, dia boleh sambung dialog plak " Lepas pergi kedai, Ameen nak pergi rumah kawan Ameen eh.."

Larrr pulakk.. Upah merayap rupanya... hah!! takper, ari ni tak sekolah, bagi can dia berjalan..

Dah..dah... penghasilannya ini dia...









Dan ini pulak, resepinya yer.. Jom gi melawat rumah hanamemories

Ayam Masak Kari

Wah!!! hari ini hari Isnin, hari blues. Mungkin sebab 2 hari (sabtu dan ahad) everybody are rockin agaknya, tu yg isnin dorang letak as a blues day.. hehe. Tapi betullah, Sabtu & Ahad kalau tak merayap memang manjangggg jadi buaya dan sewaktu dengannya. Pepagi, siap masak lepas dah makan semua , isi masa anak beranak depan TV. Berlingkar semua. Lagilahhh Astro First dah ada ni, hmppphhh memang-memang..

Ok, Sabtu lepas saya dengan rajinnya, tu pun sebab teringin nak makan Ayam tua masak kari. Selalunya kalau kat rumah ni masak kari yang pekat dan warna dia pulak merah perang tu. Tapi memang macam nak makan yang kuning-kuning pulak. heheh macam mengidam.. Eh!! tak... tak mo dahhh, 4 ni jer dah macam nak terkincit hahaaaa..

Jom-jom.. layan gambar jer. Kalau nak resepi Ayam masak kari? saya selalu kidnap resepi kat blog Che Mat.. Jom gi sana jommm

Thursday 21 April 2011

Ikan Kering @ Masin

Sapa tau nama ikan masin ni apa dia? Saya ni jenis ikan yang saya tahu, yang cetoet jer. Sebab kat rumah ikan besar-besar memasing lambat sikit nak makan. Kalau sesekali nak makan asam pedas yang hebat-hebat jer baru beli, itupunnn beli 3 potong jer. Sebabbbb minat ikan kurang sikit kat rumah ni. Kalau ikan kerisi, selayang, kembong, Ikan Jaket hahhh tu laju sikit semuanya. Jenis macam ni yang susah nak pelbagaikan masakan harian. Sotong, Udang jangan cakappp.. hmpphhh laju jerr.

Sotong, Udang, ketam anak-anak suka, jadi saya suka biarkan makanan tu menjadi makanan ekslusif kami. Macam mana yang di katakan eksklusif? hehe cam iyer-iyerr jer.. Sebab zaman saya kecik-kecik, ayam tu sangaaaaatttt ler ekslusif. Time raya jer mesti ingat ayam. Sekarang ni ayam hari-hari ada. hmppphhh

Jadi, untuk zaman anak-anak saya ni, saya mahu dia orang ada makanan ekslusif untuk dia orang ingat di masa dewasa nanti hehehee... Kejam?? tak ler, kat rumah jer. Kalau kat luar laju jer dia orang order ekeke..

Eh.. bukan ker saya nak tunjuk gambar ikan kering jer tadi? hehe jom lerr

Sup Telur bersayur

Kat rumah ni kerap sangat masak lauk ni sebenarnya. Sebab bila Mim menjelma jer inilah lauk yang paling senang dan sekejapan nak buat. Lagilah kalau anak-anak cakap dah lapar sangat ni sambil buat muka kesian.

Cuma lainnya hari ni sebab nak buat sambal belacan dengan ikan kering, jadi saya campurlah pulak dengan sawi batang putih, su'un dan tauhu kering. hmppp. Saya masak sikit jer, sebab saya malas pulak nak makan, sebab pukul 3:00 petang tadi saya dah telan urap pucuk ubi (beli dekat kantin) Nasib baik saya tak makan, sebab licin daaaa... Kak Long Iera pergi tiusyen malam balik pukul 10. Dapatlah semangkuk kecil saya tinggalkan, kalau tak makan telur dengan kicap ler nampaknya kak Iera..

Meh tengok gambar jer, nak resepi? hehe Saya persilakan ke blog-blog yang saya lawat dibawah. Kat situ ler saya ambil idea kalau tak reti dah nak masak apa.

Sambal Belacan

Jenuh memikir malam tadi, apa yang nak di masak. Kelmarin masa masak ayam lemak campur nenas en hubby ada cakap, boringlah asyik makan ayam ajer. Tempat kerja ayam kat rumah ayam. Saya sengih ajer ler, sebab en hubby ni payah  bersuara apa yang dia nak makan. Saya masak apa ajer memang gerenti licin anak beranak makan. Dia cakap dah lama tak makan ikan kering. Saya cakap tak ada stok ler ling.

Jadi malam tadi saya masak ler lauk bersesuaian (atas nanti eh hehe) dan sambal belacan. Sambal belacan ni nama jer sambal belacan tapi sebenarnya tak tambah belacan pun. Cuma lada cili, bawang putih yg digoreng dengan minyak yg sedikit dan ikan bilis yang di goreng garing. Tambah sikit garam, gula (hujung sudu jer) dah siap dah.

Meh tengok gambar nya meh

Peria goreng pedas

Dalam peti sejuk ada 2 batang peria bersaiz sederhana. Sambil tenung peria tu dalam kepala berfikir nak goreng sambal ke ataupun nak goreng peria malas (maknanya hiris bwg + lada ajer hehe). Tapi bila dah 10 minit fikir sambil masukkan baju kotor dalam mesin basuh, tetiba idea nak goreng peria dengan sambal lada cili lak. Hah tu yg jadi Peria rajin lak. Ketang ketung ketang ketung kat dapur. Oleh kerana saya dan bebudak suka peria pahit jadi, saya takmo mandikan peria ni dengan garam. Maka jadilah Peria yang cantik ni.. Jemputt semua..



Sardin Masak Kicap

Dah lama tak masak Sardin, Nak masak Sardin zaman sekarang ni berkira betul. Mahal Satu tin besar RM5 lebih. Fuh, zaman dulu RM2 lebih jer. Anak-anak pulak kalau sebut sardin mereka gemar yang masak kicap. Lain dari masak kicap dia orang pandang sebelah mata pun tak nak. Tapi kalau saya dah nak sangat makan sambal sardin, ermmm tak kira dah anak-anak nak ke taknak.. hehe, Tapi susah sikit ler, sebab saya kena masak lauk lain huhu.. Takper untuk anak-anak jugak. hehe Jom tengok hasilnya malam tadi..

Tahniah untuk aku.

Tahniah? hehe untuk apa? Sebab bukak rumah ni ler, apa lagi. InsyaAllah blog ini akan di teruskan andai daya kudrat tu kuat. Suka tengok blog orang lain yang meriah dengan makanan, resepi dan bermacam.

Untuk aku letak resepi dalam ni rasanya tidak ler, cuma mungkin gambar-gambar sajer kot. Sebab aku suka tengok Che Mat Gebu punya makanan dan pinggan mangkuk dia, Kak hana di jepun nun shoot gambar masakan dia.. perghhh yg biasa-biasa pun boleh merenjis air liur. Kak Lestari pun tak kurang hebatnya. Macam nak pergi jer mintak lauk dia, rumah lak sekangkang kera jer ni dengan dia, jalan kaki pun sampai ni. Tapi takkan ler nak wat camtu hahaha..

Sebelum kejauhan blog ni pergi.. (jauh kerr?? haha) Saya dengan rendah hati, diri serta jiwa nak memohon ampun dan maaf kepada semua-semua blogger yang saya selalu copy paste resepinya. Bukan dengan niat lain, sebab saya ni kat rumah terlalu limit masa nak bertenet, jadi saya akan copy paste jadikan filing untuk rujukan saya. Setakat ni ada 3 File dengan tertera nama blog-blog mereka-mereka ni : --> Che Mat GebuKak Ita dan hana, japan kat rumah. Bila kematian idea, memang 3 fail ni ler yang saya belek-belek. Naik lunyai semuanya.

Kalau mereka-mereka ni terrrrbaca ler, mintak halal yer.. Saya beranggapan yang saya copy ini sekadar ilmu yang di sebarkan untuk saya. Jika ikhlas tuan punya memberi, maka urusan Allah pula nak memberi pahala.. Amiiiinnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

Okeyler, untuk hari ini. hari pertama kononnn idea merepek tu agak kurang hehe.. Salam semuaaa..