Monday, 16 September 2013

Sejauh Mana agaknya

Sejauhmana hati kita terluka agaknya mahu di bandingkan dengan terlukanya hati orang-orang di sekeliling kita mungkin? Sudah habis menilikkah diri kita ini tentang sebanyak mana kekhilafan diri sehingga bergunung kekhilafan orang lain yang kita nampak sehari-hari?

Kita sentiasa bersedia memperbaiki semuanya, sehingga kita sendiri lupa ada batasan kemampuan pada setiap diri manusia. Kita lupa ALLAH menjadikan Perempuan dan airmata itu sebagai sahabat baik. Menangis untuk melegakan rasa, menangis untuk memujuk hati yang luka. Segalanya tentang rasa yang tidak boleh di luahkan, di pendam di henyak sedalam-dalamnya sehingga akhirnya ia menjadi sampah dan perlu di buang tapi kadangkala kita terlupa untuk berdoa kepada ALLAH. aku tidak perlukan rasa itu untuk menjadi sebati pada diri. Buangkanlah rasa kebencian itu Ya Allah, semoga rasa itu tidak akan meracuni aku untuk meneruskan kehidupan di masa hadapan.

Segalanya terkatup rapat dan rapat. Biar aku sahaja rasa dengan rasa yang ini. Berbahagialah dengan apa yang kau rasa. Kerana aku tahu kau itu adalah manusia yang tiada rasa salah dalam diri, Segalanya sempurna, segalanya benar bila ia menjadi kesukaan dalam benakmu.

No comments:

Post a Comment