Alhamdulillah.. Alhamdulillah dan Alhamdulillah.. Sebanyak-banyaknya saya memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada ALLAH Yang Maha Besar. Sungguh memang sungguh dia Maha mendengar. Dia tidak putus asa memberi walaupun balasan dari saya ini bukan sahaja sedikit, mungkin tiada. Subhanallah.
Rakan Seislam saya yang di rahmati, andai hijab hati terbuka pada keindahan dan kebenaran, anda akan merasakan sesuatu yang sangat indah di dalam hati. Benarlah dunia ini anda akan letakkan yang ke-2 selepas NYA. Besar rahmatnya pada saya. Hati ini rasa tenang, sentiasa mahu mengejar waktu yang 5 itu. Keseronokkan itu membuatkan saya tidak mahu berhenti 2, 3 ataupun 4 rakaat itu. Kekusyukkan itu menjadi seronok bila kita hayati setiap bacaan di dalam Solat. Rasa rindu itu terbit setiap kali kita teringat akannya.
InsyaAllah, rakan-rakan sekalian, saya sentiasa berdoa, anda yang terapat mahupun Muslimin dan Muslimat di luar sana dapat merasa getaran yang saya sedang rasakan ini. Amin Ya Allah Amin. Kawan-kawan sekalian, jangan putuskan Zikir dari dalam hati di setiap saat nafas kita. Iktikadlah supaya setiap zikir itu akan membunuh Syaitan yang beraja di setiap urat darah kita. Bunuhlah ia supaya Takwa itu ada, sabar itu menjelma. Maka Senyum gembira dan rasa puas itu akan datang sendiri.
Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rohim, tempatkan aku disisimu, cintai dan kasihi aku seperti kau mengasihi Nabi Muhammad SAW, para Anbiya dan Muslimin serta Muslimat. Berikan aku tempat di sisimu. Sesungguhnya rindu ini membuak-buak mahu dekat padamu.
No comments:
Post a Comment