Wah.. Mood saya sangat baik hari ini. Tertawa dan tersenyum saya dengan gelagat saya sendiri. Mulanya saya ingin meluahkan rasa dan sekam yang menanah lama di dada. Tapi saya berfikir sekali lagi. Bila saya menulis dengan keadaan yang sedih dan kecewa. Hari saya juga akan menjadi begitu.
Dalam beberapa saat saya menukar ke arah yang gembira, Yess!! saya rasa bahagia. Kenapa kita selalu rasa sedih dan kecewa yer? Saya bahagia dengan hidup saya sekeluarga. Pada saya mereka semua tidak pernah menjadi beban bagi saya. Cuma kita sebagai manusia adakalanya kecewa dengan keadaan sekeliling. Sebenarnya saya sendiri tidak tahu, apa yang membuatkan saya tidak tenteram saat ini. hmpp pelikkan.
Apa yang membuatkan saya terkecewa yer hari ini? Senang cerita, saya mahu menasihatkan diri saya dan orang yang berada di sekeliling saya serta sesiapa sahaja yang membaca coretan malas saya ini. Hidup kita bukan hanya kita. Singkirkan segala andaian yang tidak elok pada orang sekeliling. Bila seseorang bercakap, bergurau dan bercerita janganlah sampai bersyak wasangka dan terlalu menilik apa yang di perkatakan sehingga menjadi sebuah andaian yang buruk. Hati tidak akan menjadi gembira bila terlalu kerap bersyak wasangka.
Baiklah... Mari kita bergembira dengan cara berhemah dan sopan.
No comments:
Post a Comment