Monday, 4 March 2013

Diari SNE & Beautskin



Wah... gitu.

Orang lain sihat saya pun mahu sihat. Banyak benda dan perkara yang saya ter'miss' bila badan dalam keadaan malas. tidak sihat dan bila minda tidak terisi dengan rasa-rasa yang positif.

Oleh kerana keadaan ini, saya nekad untuk membelanjakan wang untuk membeli sesuatu yang sihat untuk tubuh badan. Sebelum berjaya melawan rasa ingin berjimat ini saya study merata-rata (dalam internet ler) tentang produk SNE, lama-lama rasa ingin mencuba sangat kuat dan menebal. Nah tuu diaa, mula-mula saya beli trial pack dulu.

Apa Kesannya? saya sangat kagum (dengan hasilnya) Sistem pencernaa saya sangat lawas. Bukan sakit perut macam saya minum Teh Orang Kampung, tapi perginya secara alami (sedang menjaga bahasa hihi). Rasa seronok sangat disitu. Trial Pack saya cuma untuk 10 hari. Tapi secara sedikit, kulit muka saya sangat lembut. Cuma wajah saya banyak parut hasil kedegilan jari jemari suka mengetis jerawat. Jeragat juga banyak (sebab dulu masa sekolah malas jaga muka, hihi) Pakai bedak Johnson & Johnson tepek dimuka pun merata perginya. Kalau sebelum ini, kalau saya nak ke acara besar (Majlis Syarikat, Kenduri Khwin, Dating dengan En Suami atau kemana sahaja, saya perlu tepek Revlon dulu, then Compact Powder barulah segala cela muka dapat hilang, smooth. Sekarang, tepek jer bedak Safi yg kita tepek untuk badan tu. Easy.

Cuma, saya kena usaha lebih sikitlah dengan pil ni, makan ikut waktu. Untuk kesihatan dalaman serta luaran, jangka masa panjang. Segala-galanya kena seiring dengan Sabar dan Rajin. InsyaAllah.

Sekarang sekota SNE dan Beautskin sudah saya dapatkan. Sudah beberapa hari ni saya makan, Aduh.. Mengantuk... Selera Makan, Kehausan semua itu saya sedang hadapi. Saya ambil positiflah, itu semua tindak balas sementara. Badan dah manja berpuluh tahun, bila kita makan untuk kesihatan mungkin mereka sedang mengerjakan badan kita yang dah naik lemak sangat ni. hehe..

Tidak mengapa saya bersabar lagi.

Kesan seterusnya saya akan kongsi lagi nanti.

No comments:

Post a Comment