Hahhh... Bila mood tu melimpah ruah, hari-hari pulak saya rajin nak mencoret dalam Diari Maya saya.
Andaikan sahaja saya sedang memotivasikan diri sendiri untuk menjadi sihat setiap hari ye. Hari ini sudah lebih kurang 20 hari saya menggunakan produk ini. Semalam saya kisahkan tentang apa yang saya rasa tentang lawas melawas, hehe pagi ni pun cantikkkkk. Maintain. Rasa ringan perut pagi-pagi.
Okey, saya rasa sejak akhir-akhir ini, saya telah diserang Migrain. Mak datuk, Mual, loya, sakit kepala, tak boleh tidur dengan aman semuanya saya alami sekarang. Penyakit ini yang membuatkan saya dengan rela hati menggunakan produk ini. Saya mahu sihat. Saya tak mahu Encik Suami bosan tengok saya terbaring tak bermaya setiap hari bila balik dari kerja. Saya tak mahu anak-anak mengeluh bila Maknya ini asyik nak marah bila mereka mahu bertanya atau sesekali masing-masing nak bergurau senda. (Kasihannya mereka)
Jadi, bila saya makan pil ini Ya!! petanda sakit itu masih seperti biasa. Malah Kepala pening makin kerap. Itu petanda saya kurang minum air. Badan panas. Saya akan bersabar lagi dan lagi. Saya selalu membayangkan pil itu sedang menyerang tempat bermasalah dalam badan saya. Letih yang melampau, Mengantuk, aduuuhhhh sabar lagi. Sesiapa yang sedang study atau surf tentang produk ini, saya mahu katakan, bersabarlah.
Apa yang saya ceritakan ini hanya untuk menaikkan semangat saya dan jangan berhenti untuk mencuba. Saya tidak mahu anda terpengaruh dengan apa yang saya ceritakan. Ingat!! Tubuh dan jenis darah manusia itu berbeza okey!
Okeylah untuk hari ini saya mahu beritahu perkara menarik apa yang terjadi pada tubuh badan saya. Bila sudah beranak pinak, Urat di perut serta kaki biasanya akan mencacatkan sedikit penampilankan? Okey, Urat kaki saya sebelum ini timbul merekah-rekah kecoklatan. Macam akar kayu yang menjalar-jalar. Macam tatooo pun ada. Maluunyaa. Tapi pagi ini, urat yang kecoklatan dan tampak kering sebelum ini sudah menjadi hijau (sihatlah tu) dan sudah berdikit-dikit (leh ke guna perkataan ini?) mahu tenggelam. Kulit kaki saya sudah nampak sihat. Bestkan!!
Tumit kaki pun cerah, tidak ada tona colour lagi di antara tumit dan tapak kaki. Warna sudah sekata. Perubahan diri saya bermula dari bawah nampaknya. hehe
Okey, Panjang sangat huraian hari ini. Saya tetap akan sambung lagi selepas ini. InsyaAllah
No comments:
Post a Comment