Monday 5 December 2011

Terbakooorr Sudahh

Aduh, entah macammana. Kecuaian dan terlebih yakin, membuatkan saya dan anak Sulong menjadi kelam kabut dan serba tak kena pabila melihat api yang marak sedang membakar getah yang bersambung antara gas dan dapur yang di atasnya sedang mengukus Pulut. huh!! saat cemas itu akhirnya membuatkan kami anak beranak melekek-lekek ketawa..

Assalamualaikum, Perghh baru nak beri salam..hmpphh. Sabtu 10hb Disember 2011, saya dan suami melunaskan tanggungjawab kami pada satu-satunya Hero kami. Berkhatan. Alhamdulillahh selamat. Nangis tu biasalah.. hehe

Jadi Hari Ahadnya saya bertungkus lumus mahu menyediakan Pulut dan rendang untuk di kongsi bersama dengan jiran tetangga. Pulut memerlukan masa yang lamakan untuk di kukus, jadi saya tinggalkan sebentar untuk mandi. Usai mandi saya rasa macan nak berehat sebentar. Saya pesan pada anak Sulong, tolong tengok-tengokkan sekejap.

Masa saya pesan tu saya masih sedang mempersiapkan diri untuk berpakaian. Sedang saya mahu mencapai seluar panjang, anak dara saya berlari ke bilik. "Mak!! cepat mak api!!! Besar makk!!, Saya nak ke dapur, tapi saya cuba untuk pakai dahulu seluar panjang, jadi lambatlah sikitkan.. Selesai menyarung seluar panjang, saya ke dapur.

Terbeliak amat mata saya bila getah paip yang bersambung dengan dapur sudah haus, dan yang buatkan saya lebih terkejut dan berpeluh, tong gas hanya satu kaki dari api yang dah menyala. Silap saya!!! sebab saya alas dapur gas tu dengan surat khabar. Selalu Ok jer, cuma hari tu mungkin nasib saya tak ada Ong!! huhu..

Saya pandang anak dara saya, dia tengah isi air dari Sinki ke dalam ini :

 Sengalnya saya, saya boleh ambil Pinggan leper tu dan buang air yang beberapa titis tu pada api. Masa tu saya dah tak ingat dah itu adalah pinggan. Yang penting saya mesti melemparkan air pada api tu. Selesai pinggan tu beralih pada tangan saya, anak saya mencapai pula ini : 






Hah!! selesai saya lempar pada api, Zupp!! hilang api tu semua. Alhamdulillah!! urut dada saya. 
Sesudah habis aksi kelam kabut tadi, baru saya perasan sesuatu

"Apa pasal kakak isi air dalam pinggan tu? Mana ada orang isi air dalam pinggan untuk simbah api?" haha.. --> Entahlah mak, kakak gabra tengok api tu." Kami dua beranak dah ketawa berjemaah dah mengingati kekalutan dan saat-saat kami menghadapi kecemasan camtu.

Yang lebih buat saya tak tahan gelak tu, Tuala yang dia selit kat pinggang (dia nak mandi masa tu) dah terburai masa dia kelam kabut nak mengisi air tadi. haha.. Nasib baik cuma saya dan dia kat dapur. Kalau tak mesti malu tak terhingga bila orang tengok dia dengan T'Shirt dan ala-ala Cat Woman tu.. Dan yang lebih saya bersyukur sebab saya memilih untuk meneruskan menyarung Seluar Panjang tadi sebelum saya berlari ke dapur. Kalau tidak!!! hmpphhh dengan saya-saya sekali jadi Wonder Woman.