Sunday 26 June 2011

Jiran Oh Jiran!!


Perasaan saya ni serba salah jadinya. Entahlah macammana saya nak memulakan entri sakit hati ini. Kata orang, buat apa pendam rasa hati? Buat kacau jiwa sendiri ajer. Tapi, saya manusia yang mahu mula belajar untuk menghormati perasaan orang lain. Bukanlah maksud saya ini, menyatakan yang selama ini saya tidak pernah menghormati orang lain. Cuma saya akui, saya ini manusia biasa. Banyak melakukan perkara syok sendiri yang saya rasakan tidak terniat untuk menganggu dan mengguris perasaan orang lain. Walhal, pada orang lain besar impaknya. Saya cuba perbaiki beberapa perkara itu sekarang. InsyaAllah, Cuma saya perlukan komen orang atau gerak hati dari Allah untuk saya ketahui apa yang saya lakukan mengguris sedikit perasaan orang.

Beberapa waktu kebelakangan ini, saya geram, kecewa, marah dan sangat sakit hati dengan fe’el jiran saya. Macam-macam fe’el, tapi saya boleh sabar, sebab saya selalu ingatkan pada diri saya, mungkin saya juga seperti mereka, cuma saya tak perasan. Kalau ikutkan hati, saya rasa mungkin berpindah randah kalau saya melayan sangat rasa tidak puas hati dengan orang sekeliling. Tapi InsyaAllah, selagi saya berpegang, manusia itu pelik perangainya dan pelbagai warnanya, selagi itulah saya tidak kisahkan semuanya itu.

Cuma sakit hati untuk entri ini, adalah sebab Parking kereta sesuka hati. Menyayat hati rasanya, kalau saya serang dengan sumpah seranah. Yerlah.. benda kecil begini, tak perlulah kita sebagai jiran nak tunggu hint-hint dari jiran lain. Selagi Jiran tak bunyi, selagi itulah kita letak kereta sesuka hati sehingga sangat menganggu jiran sekeliling dan orang awam lainnya.

Sedarlah wahai anda sekalian, kita hidup di dunia ini berkongsi segalanya. Bila berada dalam perkongsian, utamakan sahaja sikap bertimbang rasa. InsyaAllah, hidup kita tidak sepi dari di berkati oleh Allah.

Pandai-pandailah merasa bersalah sekiranya apa yang kita lakukan akan menyusahkan orang lain. Hidup berjiran memerlukan persefahaman dan timbang rasa. Bukannya agak-agak ok sahaja. Kalaulah anda sekalian mempunyai 2 kereta, Parkinglah satu di dalam, dan satu lagi di luar pagar yang letaknya tidak menganggu jiran sebelah untuk keluar masuk dari kawasan mereka dengan mudah. 

Tolonglah… Bukan saya tak mahu, menasihati anda sendiri, Cuma saya berhati-hati dan saya tidak mahu sebab sekecil ini akan menjadi sekam untuk kemudian hari. Saya tidak terlalu mengenali anda, jadi saya tidak tahu anda seorang yang cepat terasa hatinya atau tidak. 

Sekian luahan saya hari ini.  Rasa lega pula bila dapat meluahkan. Saya risau bila meluahkan pada jiran lain, hasilnya akan menjadi lain pula. Takut penyampaiannya menjadi salah dan apa yang di elakkan akan lebih menjadi buruk. Terima Kasih blog!

Tuesday 14 June 2011

Bila Cinta Melebihi Sayang pada Diri

Bila kita tahu tentang mengapa kita wujud di dunia, kita akan pasrah atas apa sahaja yang berlaku. Cuma terlalu bergantung pada takdir tidak juga membantu untuk kita teruskan hidup. Kalau tanpa usaha kita akan bertemu gagal selalu. Selebihnya doa dan tawakkal adalah yang terbaik selain kita benar-benar yakin akan kekuasaan ALLAH S.W.T. Sematkan dari kecil pada diri, segalanya datang pada Allah. Sehingga mana jodoh kita, bagaimana dan bila ajal kita, Macammana rezeki kita sekarang dan akan datang, yang penting kita ada keyakinan, segalanya wujud kerana semuanya telah tertulis di sana. Cuma Usaha mendapatkan dan mengemudi segalanya itu mengikut kata hati kita sendiri sambil di gerakkan oleh Allah.

Saya nak bercerita soal jodoh sebenarnya. Jangan ada yang membaca menganggap ini adalah kisah saya. Tidak. Saya cuma nak berkongsi cerita di sekeliling kita. Mudah-mudahan mata kita terbuka dan bersedia se andainya ianya akan berlaku pada diri kita dan adik beradik kita.

Dalam tulisan saya sebelum ini saya ada bercerita tentang seorang sahabat saya, yang pada saya memang agak baik dalam menjaga hal peribadi keluarga. menyembunyikan derita dari se awal perkahwinan, menyorokkan sedikit cela yang ada pada fe'el suaminya tanpa dapat di hidu orang lain, rakan dan juga keluarganya. Saya sendiri yang agak rapat (bukan rakan sekerja saya) merasa tertipu dengan kebahagiaan mereka. Masalahnya bukanlah pukul bantai cuma masalah psikologi yang menghantui dirinya. Ketahanan mentalnya menghadapi perangai seorang lelaki yang agak tidak matang rasa saya.

Saya tahu dia sakit hati, kecewa dan duka tapi, saya menghormatinya kerana masalah berat ini tidak menganggu tugas hidup hariannya. Kejadian ini juga menaikkan semangatnya untuk lebih berdikari menghadapi segalanya. Cuma saya terkilan dan sedih, bila dia mengatakan pada saya, sampai sekarangpun, tidak ada saudara mara sebelah suaminya yang mengambil apa-apa reaksi untuk membantu menyelesaikan masalah yang berlaku ini. Menelefon bertanya khabar juga tidak. Keluhannya, bukan wang ringgit yang dia tagihkan dari keluarga suaminya, sekadar menjaga air muka dan maruah suaminya cukuplah. Tak apalah sahabat. Mungkin kebahagiaan masing-masing agak utama buat masa sekarang dari derita yang kau tanggung saat ini.

Menghadapi, suami yang tidak bekerja, nafkah zahir dan batin di abaikan, memaki hamun dan menganggap dirinya terlalu jijik di mata membuatkan saya mahu menarik dia keluar dari masalahnya. Tinggalkan sahaja lelaki yang terlalu bergantung pada isteri untuk hidup itu. Tetapi bila saya fikirkan, siapalah saya untuk menghasut dia untuk melakukan keputusan drastik. Saya hanya boleh membantu dengan mendengar segala luahan hati dengan senyap dan sesekali mencelah memberi idea yang tidak terkeluar dari kebolehan saya serta menyabarkan dia. Tapi... sampai bila saya hanya mahu menyatakan sabar padanya? Sedangkan beberapa kali terlintas perkataan bodoh untuknya. Astaghfirullah... Saya sentiasa meletakkan diri saya seperti dirinya sekarang. Saya tidak mahu mengikutkan amarah dan jijik saya dengan perlakuan lelaki seperti itu.

Kawan-kawan, seandainya kita berada di tempat dia berdiri sekarang bagaimana? Bagaimana dengan basic gaji RM1000.00 pada zaman sekarang ini boleh membantu untuk dia menyelesaikan hutang rumah, kereta dan duit persekolahan, pakai, duit jajan dan makan minum anak-anak, dirinya serta lelaki yang bergelar suami itu? Saya sedih dengan kehidupannya sekarang yang terpaksa menjual kuih dan Nasi Lemak di pagi hari sebelum dia masuk kerja pada jam 8:00 pagi. Bayangkan kesibukkan dirinya setiap hari berulang-ulang melakukan kerja yang sama. setiap hari tanpa henti. Penatnya.

Bila saya tanya kenapa semuanya ini berlaku? Dia menjawab, sebab sabarnya sudah di tahap yang amat jauh ke curam. Hampir 2, 3 tahun lelaki itu berkesedapan dan sekarang dengan ekonomi keluarga yang agak tidak berubah, dia memaksa untuk lelaki itu kembali menjadi ketua keluarga. Bahunya sudah hampir jatuh menanggung beban tanggungjawab yang sepatutnya di galas suami. Dia tidak boleh lagi, dan kerana inilah mungkin keenakkan yang selama ini lelaki itu dapatkan terganggu. Maka sebab inilah lelaki yang sebelum ini agak santun bila berkata, menjadi bengis dan berubah 100%.

Itulah yang saya kata seawal penulisan ini. ALLAH itu merancang dengan sebaiknya. Dia di berikan kebolehan menjahit, memasak kuih dan kek. Tidak semua wanita berkebolehan seperti itu. Mungkin Allah sudah tentukan pada hari ini, dia tidak boleh lagi bergantung harap pada suami yang benar-benar mahu menjauhkan diri padanya. Semua yang berlaku ini mungkin adalah permulaan untuk dia kentalkan hatinya bahawa perpisahan ini mungkin akan terjadi. Jadi.. saya faham kenapa sampai sekarang dia masih menghormati, melayan dan duduk satu rumah dengan suaminya yang terang-terang menganggap dia seperti tidak wujud lagi di hati.

Mungkin dengan cara ini ALLAH mahu dia bersedia dengan perpisahan yang bakal berlaku. ALLAH masih memanjangkan usia jodoh ini mungkin untuk membuka matanya atas apa sahaja kelakuan buruk lelaki itu, biar bila jodoh terhenti mungkin cinta dan sayang itu sedikit berkurang untuk dia kurang bersedih esok.

Wahai lelaki, Nafkah zahir batin tu wajib, memburukkan isteri di luar itu bagai membalikkan najis ke muka sendiri. Perkahwinan itu sendiri adalah untuk suami mengacu isteri ke arah kebaikkan moral. Jadi bila melebihi Sepuluh tahun perkahwinan jika ianya gagal hanya kerana sikap isteri, anda sebenarnya gagal menjadi pengemudi rumah tangga.

Wahai lelaki, Curang pada pasangan itu menyakitkan. Memaki hamun itu juga mengguriskan perasaan. Seandainya benar, tidak ada rasa sayang, ambillah hati anak-anak yang sedang membesar itu. Hormatilah anak-anak ini supaya mereka terdidik sempurna seperti  kemahuan kalian. Se andainya isterimu itu gagal pada matamu, kau sebagai lelaki tunjukkan cara yang benar supaya wanita juga akan melakukan yang sama seperti kehendakkmu. Kebaikkan yang anda lakukan wahai lelaki, kebaikkan juga yang wanita akan berikan.

Padamu sahabat. Sabar..Sabar..Sabar.. itu sahaja aku mampu ucapkan. InsyaAllah aku bermohon pada ALLAH semoga rezekiku berlebihan sedikit untuk aku membantu kau meneruskan hidup bersama anak-anak. Amiiinnnn

Friday 10 June 2011

Dari Pasir Gudang ke Felda Sening

Hai!! Makin mudah, makin cepat dan makin meriah rasanya. Tak payah susah-susah macam dulu. Dulu-dulu, masa memula saya menjejakkan kaki ke kawasan Pasir Gudang, kalau tiba waktu nak balik ke Felda, sangat-sangat memakan masa.

Dulu masa bujang trang tang-tang saya menyewa di Taman Rinting, Masai. Tunggu bas krek kek..kekk (bas uzur benor) kadang-kadang dua jam sekali barulah bas muncul. Sampai ke kota pulak, nak kena tunggu teksi masuk ke felda pulak. Kurang-kurang pukul 6.30 petang barulah sampai ke rumah. Itupun kalau ada yang nak masuk ke felda, kalau takde. Terpaksa menunggu, naik kebas punggung. Kalau dah tengah malam pun takde jugak, maknanya terpaksalah saya cas satu teksi tu, terbanglah RM40.00. Takperlah.. menda dah lalu.

Saya ni pulak jenis malas nak merayau ke sana-sini kalaud ah sampai ke bandar Kota Tinggi. Mungkin saya sebab budak baik harhar.. perasan. Tapi memang betul, saya bukan seoarang yang suka berpeleseran. Walaupun saya ni orang Kota Tinggi, andai saya tersesat jalan, mesti saya akan jadi seorang yang blur sekejap di tengah-tengah bandar Kota yangkecik tu. Sebab tu saya rela duduk menunggu di "Stand Taxi" tu walaupun 4, 5 jam. Bayangkanlah dari pukul 1:00 petang, kadang-kadang sampai ke rumah di felda paling lewatpun pukul 8:00 malam. Macam nak balik Terengganu..

Budak-budak zaman sekarang ni bertuah betul, sejak E22 perkenalkan lebuhraya menghubungkan ke Desaru, pergh.. rasanya Setengah jam jer dah sampai dah. Cuma modal sikit lah, pergi balik mungkin RM16.00 kena cas. Tapi takperlah, niat nak bertemu Mak dan ayah masing-masing, mana tahu ALLAH gandakan rezeki tu kerana niat yang baikkan.

Jadi Bersyukurlah orang-orang muda sekarang, kemudahan sentiasa di hadapan mata, yang ada kenderaan tu, kerap-kerapkan  memeriahkan kesunyian Mak dan Ayah memasing. Kalau yang masih ada kedua-duanya, anda beruntung Ya Amat. Ziarahlah selalu selagi mereka masih ada.

Terima Kasih E22, saya pengguna setia anda lepas ni. Petang ni nak balik ke felda. Tunggu saya Mak!

‘SUBHANULLAH WALHAMDULILLAH WALAA ILLAHA ILLAH WALLAHU AKBAR LAA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ALIYIL AZIEM’


Ibnu Abbas berkata : “Ketika Allah SWT menjadikan Arsy dan menyuruh malaikat memikulnya, lalu malaikat cuba memikulnya dan terasa amat berat. Kemudian Allah SWT menyuruh malaikat membaca ‘SUBHANULLAH’, sebaik sahaja malaikat membacanya maka ia terasa ringan memikul Arsy dan mereka membaca selama-lamanya.
Apabila Allah menjadikan Adam AS, yang mula-mula keluar dari mulut Adam ialah bersin. Lalu Allah mengilhamkan Adam membaca ALHAMDULILLAH, sebaik sahaja Adam membacanya, lalu Allah SWT menjawab : ‘YARHAMUKA RABBUKA’ (kerana rahmat itulah aku menjadikan engkau).

Kemudian malaikat berkata : “Inilah kalimah yang mulia dan baik, tidak sepatutnya kami abaikan. Maka digabungkan dengan perkataan pertama tadi dan mereka membaca : ‘SUBHANULLAH WALHAMDULILLAH’
Mereka membaca demikian sehinggalah Allah mengutuskan nabi Nuh AS disebabkan kaum nabi Nuh adalah kaum pertama yang menyembah berhala. Lalu Allah mewahyukan kepada nabi nuh supaya umatnya membaca : LAA ILLAHA ILLAH bagi mendapatkan keredhaan Allah SWT.

Lalu malaikat berkata : “Inilah kalimah ketiga yang besar dan baik dan tidak patut kami abaikan. Maka malaikatpun mengabungkannya dengan kalimah yang dua lalu menjadi ‘SUBHANULLAH WALHAMDULILLAH WALAA ILLAHA ILLAH’
Para malaikat terus mengamalkan kalimah tersebut sehingga Allah SWT mengutuskan nabi Ibrahim AS. Allah yang telah memerintahkan nabi Ibrahim mengorbankan anaknya telah menukarkannya dengan seekor kambing menyebabkan Ibrahim merasa teramat gembira kerana anaknya, Ismail telah diselamatkan oleh Allah, lalu terkeluarlah dari mulutnya kalimah ALLAHU AKBAR.

Lalu para malaikat berkata : Inilah kalimah keempat yang sungguh baik dan besar. Lalu mereka mengabungkannya dengan kalimah-kalimah di atas menjadi ‘SUBHANULLAH WALHAMDULILLAH WALAA ILLAHA ILLAH WALLAHU AKBAR’
Kemudian malaikat Jibril menceritakan kisah tersebut kepada Rasulullah SAW, lalu baginda kagum dan terucaplah perkataan LAA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ALIYIL AZIEM


Kemudian Jibril berkata : “Gabungkan kalimah yang empat itu menjadi ‘SUBHANULLAH WALHAMDULILLAH WALAA ILLAHA ILLAH WALLAHU AKBAR LAA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ALIYIL AZIEM’

Wednesday 8 June 2011

Seru... Yang tak sampai seru


 Pagi semalam, sambil saya menggosok baju untuk ke kerja pada pukul 6:50 pagi, saya menonton HBO Movie 411. Filem bertajuk Quarantine. Tetiba saya teringatlah saya ada baca kat Harian Metro, si Pengarah filem Seru ni Pierre Andre dia kata dia buat filem Seru ni ala-ala filem Quarantine ni ler.

Okeylah tak apa, sebab rakyat Malaysia memang hazab ler kalau nak keluar duit tengok wayang cerita melayu kan... tu yang sampai Pengarah zaman sekarang ceduk sikit mana yang perlu cara penghasilan Filem dari barat. Manalah tahu lepas ni boleh masuk majlis Filem malaysiakan... hmppp

Itu satu hal, Yang saya nak komen sangat ni, dari dulu hasil orang-orang kita maintain sama. Ada ajer adegan yang menyakitkan hati penonton. Ni kalau saya cakap banyak, ada yang kata "eleh cuba ko dalam situasi ketakutan tu, mesti ko jerit punya.." hihi.. Bukanlah tak boleh menjerit, tapi kalau asyik menjerit tak sudah. Unggas pun boring dik.

Saya tak berapa kenal pelakon-pelakon tu semua selain si Sharnaaz, tu pun sebab sekarang saya tengah follow kum..kumm the series. kalau tak harammm nak sebut nama pun kena surf hihi. Dalam kekalutan dan tahu si penjahat/ hantu atau apa pun ada di sekeliling, sepatutnya skrip "Jom balik, nak balik atau pun cepatlah" sepatutnya di lontar dalam keadaan bisik yang ala-ala menjerit. Bukannya menjerit nak balik!!, jom balik!! dengan sekuat hati. Nak dapat feel tapi feel yang memualkan penonton. Gilaa... lepas tu kalau orang kutuk filem Malaysia, orang yang berada di industri tahu pulak marah. Sayanglah, duit dah banyak keluar tapi hasil yang simple camni nan hadoo

Lagi satu saya sangat bosan dan rimas dengan adegan dua orang lelaki yang sibuk nak cari rakan perempuan dia yang entah kemana. Skrip lemah camtu pun boleh ada. Adegan yang tak ada arah tuju, setakat terjumpa hantu berdiri jer. Ke saja nak tunjukkan dua lelaki itu sangat bagus dalam mainan memek muka? Ke laut.. ke lauttt sungguh Pierre. Bila nak buat filem serius, jangan terlalu ambil mudah beberapa part. Bila cerita serius camni, semuanya kena ada logik sikit. Lainlah kalau buat filem berunsur komedi cam Hantu Kak Limah atau Ngangkung. Benda yang tak logik pun orang wat derkkk jerr.

Dan lagi satu.. berapa banyak lagi satu daaa... Filem ni bertajuk SERU. Tapi macam tak ada link plak tajuk dengan jalan cerita. Hampess!!! Nasib baiklah tengok kat Astro First huhu...

Last (lagi satu) beza Quarantine dengan Seru. Bagai aur dengan tebing. Gila punya jauh. Budak Quarantine pegang kamera takde ler memeningkan penonton. Seru? Jenuh saya hidu minyak kapak nak bagi kepala kurang sikit denyut sebab kamera fokus yang tak reti diam punya. Adehh

Dah.. Pierre, duduk rumah jer tulis skrip sambil layan drama Korea. Tak payah mengarah dah Ok!

Kisah Suami Curang

emm saya baru 14 hari melahirkan anak kedua...sepanjang mengandung anak kedua ni, suami memang tak pernah sentuh perut saya, bila saya suruh sentuh rasa gerakan baby pun susah sangat dia nak buat, dia terlalu sibuk dgn facebooknya...

Setiap hari balik dari keja sampai rumah dalam 7 lebih malam, masuk je rumah saya terus ke dapur nak siapkan makan malam dan suami masuk je rumah terus je naik gi bilik memerap dalam bilik dan on facebook...saya ni yang lurus bendul dari awal bernikah hingga la ni dah 3 tahun berkahwin tak pernah sebesar zarah pun mencurigai suami...lebih2 lagi suami sering menafikan yang dia seperti suami2 orang lain yang suka main kayu tiga di belakang isteri...

Hingga la satu hari tu di rumah mentua, saya tanpa sebarang niat lain membaca facebook suami saya dan saya tiba2 nak buka inboxnya..alangkah terkejutnya dan rasa tak percaya bila saya baca mesej2 berbaur lucah antara suami saya dan perempuan JB tu....perempuan dah anak 3 dan muda setahun dari saya...

Isteri mana yang tahan membaca mesej2 lucah suami sendiri??? di saat saya tengah sarat untuk menunggu bila2 masa saja akan melahirkan anak kedua, suami pula sibuk mengatur temujanji tuk bjumpa dgn pompuan tu di KL hujung april ni....sepatutnya di saat ni si suami sibuk menyediakan persiapan bersalin dan persiapan menerima kelahiran orang baru tapi sebaliknya sibuk menggatal dan memuaskan nafsu dgn betina lain!!!!

Keesokannya harinya saya terus melahirkan anak, padahal tarikh jangkaan bersalin saya adalah seminggu lagi tapi mungkin akibat tekanan yang teramat sangat menyebabkan baby ni keluar cepat, tapi syukurlah lagi cepat saya melahirkan lagi cepat saya sembuh...saya sangat sakit dengan apa yang suami lakukan, saya sangat mempercayainya dan tidak pernah mencurigai kata-katanya sejak kami bernikah, saya sanggup berkorban demi suami, saya tidak pernah berkira dari segi kewangan, saya sedaya upaya ingin mengubah penampilan suami supaya dipandang orang, tapi sebaliknya apa yang saya lakukan hanyalah memakan diri saya balik...suami sikit pun tidak menghargai saya....

Saya sangat terkilan semasa mengandung anak kedua setelah penat lelah siapkan makan malam dan mengemas dapur dan adakalanya membasuh pakaian suami, kemudian bila saya masuk bilik membaringkan badan saya merayu suami supaya usap usapkan lembut kaki saya kerana saya rasa teramat letih dgn perut yang membesar, malangnya suami sikit pun tidak mempunyai rasa simpati pada saya, saya tidak dipedulikannya langsung, malahan baring membelakangi saya dan menghadap facebooknya saja hingga ke tengah malam....akibat daripada kecurangannya, saya telah memohon cerai darinya....sakitnya ditipu suami hanya Tuhan saja yang tahu....

Cerita ini saya ambil di blog ini --> http://miyainsyira.blogspot.com/2011/04/oh-woo-oh-oh-oh-suami-curang-nak.html

Aduhhh.. inilah bahananya ber FB bagi orang lelaki yang Jakun dengan keseronokkan. Orang lain nak ber FB dia pun nak. Sudah tahu hati tu kurang imannya, tak perlulah nak mengikut arus moden. Sendiri mau ingat.

Saya? Saya pun ada FB, tapi saya jenis yang tak suka chatting or Personal Message whatsoever. Maybe tu jlan selamat yang saya ambil.

Berhati-hatilah kawan-kawan. Yang utama dalam hidup Dosa dan Pahala...

Cara membuat tempe

Saya surf cam nak rak, terjumpalah dekat sini cara buat tempe . Jadi untuk koleksi dan memudahkan semua, saya translatekanlah yer ke Bahasa Melayu.


1 Kg Kacang Soya

2 gram ragi.
Sebenarnya kalau siapa yang pandai, ragi ni boleh di hasilkan dari daun tempe atau daun pisang tu sendiri. Ada caranya, saya lupa pulak. Tak apa nanti saya nak tanya lagi dengan anak saudara saya.



Cuci bersih-bersih kacang soya dan rendam selama 24 jam
perghhhh satu hari satu malam daaa...

Setelah di rendam selama 24 jam, Kacang soya akan kembang dan kulit dia akan terkupas sikit.




Jadi untuk proses ni, kita kena ler buang pulak kulit dia, ikut kebijaksanaan memasing.






Setelah dah pasti kulit semua dah di buang, masukkan dalam periuk dan rebus dengan air secukupnya selama lebih kurang 30 minit atau permukaan dia berbuih lerr.





Selepas dah pasti rebusan tu cukup waktunya, tapiskan dia dalam mangkuk atau nak lagi mudah dan cepat kering, taburkan dia atas tuala bersih (beli baru ler, jgn kedekut hehe) biar dia sejuk sekejap.


Agak-agak dah sejuk, takpun kalau kita tadah muka, takde proses penghasilan wap di muka, taburkan lebih kurang 2 gram ataupun 2 sudu besar ragi. Gelek sampai ragi tu rata semua.


Dah siap proses meratakan ragi, kita ambiller plastik, (plastik isi kerepek org kenduri kahwin boleh, plastik letak bekal sandwich gi office pun boleh) atau pun kalau yang terlebih rajin, ambil daun Pisang atau daun tempe. Bolehlah proses membungkus, sebiji cam gambar di sebelah. Yang guna daun tu, bungkus cantik-cantik macam tempe yang kita beli kat kedai ek.



Kalau yang pakai plastik putih isi kerepek orang kenduri kahwin, bolehlah hujung dia tu kita bakar pakai lilin. Kalau yang ada ketap (apa tah nama dia hehe) boleh ler pakai menda alah tu yer.. Ketap dia cecantik, sampai tak ada ruang udara boleh masuk.




Habis proses pembungkusan tu, lubangkan pulak plastik tu pakai lidi sate ker. Saya tak ada lidi sate, nasib baik dekat Muqaddam anak ada lidi sate hihi.. Pinjam jap. Cucukkan dia, kalau boleh, cucukkan yang kemas sket ler di sisi atas dan sisi bawah dia.




 Seperti dalam gambar ni, kata tuan punya blog, di pergi tanggalkan rak dalam peti sejuk dia (hihi, kreatif tol) Letak jer dalam gerobok (org johor ckp) ataupun almari ataupun Kitchen Kabinet (moden sket bunyik dia) Nak lagi bagus, balut dengan tuala, biar suhu dia panas sikit.
 Dudukkan dia diam-diam dalam kabinet tu selama 36 jam.


 Ni dah cukup 36 jam, belah cecantik. goreng dengan tepung cicah sambal kicap, atau wat sambal goreng jawa, ataupun wat sambal tempe kering ataupun ikut sesuka hati semua.

Jom, kita bisnes tempe!!

Terimakasih mbak keluargacemara yerr!!

Mudah betul Cinta itu hilang..

Apa perasaan kita andai, Cinta dan Kasih Sayang yang selama ini kita ada berkecai begitu sahaja tanpa kita sedari? Kecewa? Aku rasa sangat Kecewa jika ianya terjadi. Rasa Kecewa itu lebih parah andainya bila beranggapan selama ini Pasangan hidup kita juga Cintanya sehebat dan semekar apa yang ada di hati kita namun hakikatnya TIDAK.

Lebih memilukan andainya kita ketahui selama setahun ini rupanya hanya kita yang menyayangi dia setengah mati. Kejam sungguh Lelaki yang bernama Suami. Tidak terdetikkah di hati kecilnya segala pengorbanan tanpa keluhan yang selama ini di lalui bersama? Tidak ada sekelumit kasihankah di hatinya bila waktu hatinya berubah riang kerana cinta yang baru di temuinya? Tidak adakah kenangan saat bercinta yang boleh mengembalikan hangatnya cinta seperti masa nan lalu?

Mengapa Sang Lelaki mudah benar melupakan saat-saat manis itu? Kerana perubahan fizikalkah atau kerana Sang Isteri tidak manja seperti zaman bercintakah yang membuatkan lelaki mudah mengucapkan selamat tinggal pada kasih sayang itu? Andai itulah penyebabnya wahai lelaki, ketahuilah Isteri menjadi seperti itu kerana kehendak dan acuanmu juga.

Lelaki, andai panjang umurmu kelak dan jika tidak panjang jodohmu dengannya kelak, ketahuilah salah itu terletak di bahu mu. Anak-anak itu sudah mengerti walaupun Isterimu sentiasa bercerita yang baik-baik tentang dirimu.

Aku sebagai sahabatmu, wahai sahabat. Dugaan ini sangat berat di bahumu dan di mataku ianya seperti panahan petir kerana tidak ku sangka, ALLAH begitu sayangkan mu. Ketahuilah sahabat, ALLAH hanya menguji orang-orang yang di rasakannya boleh dan sangat kuat menghadapi ujian ini.

Sepanjang bersamamu Sahabat, belum pernah pun sekali aku mendengar keluhan tentang masalah rumahtanggamu wahai sahabat. Walau aku tahu dan boleh di agak setiap inchi apa yang kau hadapi. Segala apa yang kau lakukan sangat  indah pada mataku wahai sahabat. Semoga ALLAH menjaga dan melindungi perjalanan hidupmu kerana telah berjaya menjaga aib dan maruah suamimu.

Andai sampai di sini jodohmu, wahai sahabat. Cekalkan hatimu. Bukakan matamu, panjangkan langkah mu ke arah yang lebih baik. Aku mendoakan yang terbaik. Semoga ada sinar itu.

Redhakan dia, biar dia bebas seperti burung di awan. Biar dia menikmati apa yang ada di dunia ini sehingga kepuasan dan kekenyangan. Mungkin itu yang dia mahukan. Orakkan langkahmu sehingga kejayaan yang selama ini tertutup dek kerana seribu halangan. ALLAH memberi jalan yang terbaik kepada setiap hambanya.

Untuk sepasang anakmu itu, Didiklah dia menjadi seorang yang tidak berprasangka dan biar mereka berdua rapat dan mengambil tahu hal antara satu sama lain.

Aku... aku semakin mencintai Suamiku, kerana peristiwa yang berlaku kepadamu sahabat. Dan aku juga berharap semoga dia juga mencintai aku seperti aku mencintai dia.