Saya semakin risau dengan peradaban manusia yang terang-terangan membawa kerosakkan untuk generasi akan datang. Sungguh-sungguh saya takut dengan apa yang berlaku sekarang ini. Saya sudah lama tidak menonton TV3 terutamanya Buletin Utama. Saya bukanlah seorang yang terlalu taksub dengan Pembangkang. Saya juga bukanlah manusia yang tidak reti bersyukur dengan apa yang ada di Malaysia sekarang ini.
Tetapi secara realitinya jiwa dan pemikiran saya sentiasa suka melihat apa yang benar dari yang tidak. Sejak tahun 1998 lagi dan sejak kes Dato Seri Anwar Ibrahim di telanjang bulatkan maruahnya di hadapan sekalian manusia dan terutamanya ahli keluarganya sendiri saya merasa ada yang tidak kena dengan politik di Malaysia. Apalah sangat kiranya kesalahan seksnya, kerana dalam kepimpinan yang tertinggi sebelum itupun ramai dan banyak yang telah membuat onar lagi teruk dari yang mereka perkatakan tentang DS Anwar.
Mungkin untuk menyerang DS dari segi rasuah mereka tidak berjaya. Sebab bukti susah nak di buat. Lebih memudahkan untuk mencalar kewibawaan DS, mestilah tentang kesalahan Seks. Liwat!! Dari permulaan kes tu saya tengok terlalu banyak pincangnya. Dengan Trivoli Villa yang sedang dalam pembangunan, dengan tarikh kes yang di tunda sesuka hati. Isyyy Biarlah saya percaya DS itu bersih dari membiarkan saya menanamkan fitnah di dalam diri saya. Kalau iyerpun benda tu berlaku, biarlah dia dengan urusan ALLAH. Saya juga manusia biasa, yang takkan lepas membuat salah di atas dunia ini. Saya takut kepercayaan saya akan di balikkan kepada anak cucu serta generasi saya seterusnya nanti. Mintak di jauhkan.
Saya terfikir kenapa beria-ia benar kepimpinan tertinggi mahu memadamkan terus DS dari senarai nama orang berkuasa di Malaysia? Pada saya silapnya bermula dari DS sendiri. Dia mewar-warkan tentang segala kebusukkan di dalam parti, tentang rasuah yang melibatkan peringkat tertinggi di dalam parti. Itu sebabnya perancangan di buat untuk memansuhkan terus DS dari menaiki takhta.
Dengan segala media dan segala institusi tertinggi yang di pegang kerajaan, memang jenuhlah untuk mematikan langkah fitnah yang semakin bersiri ini. Kecuali, Media dan institusi itu sendiri bertindak berani mengendahkan segala suruhan tangan-tangan ghaib. Insya Allah mungkin semua ini akan berakhir. Itu pun dengan izin ALLAH lah. Kalau ALLAH kata DS, "Kau punya cabaran tidak mati di sini. Ada lagi... maka berterusan ler sehinggan ALLAH sendiri menghentikan takdir ini.
Selamat berjuang DS. Mana yang elok, saya ikut jer. Sebab saya pun dah muak dengan harga barang yang tak menentu sekarang ini. Mungkin ini masalah kecil bagi orang-orang yang berkeluarga kecil. Tapi ingatlah, pembangunan insani itu bermula dari keluarga. Cukup makan, Cukup cantik sosial keluarga, maka cantiklah masyarakat..
Friday, 29 April 2011
Thursday, 28 April 2011
Sayur Kobis goreng bersu'un
Kadang-kadang saya pelik tengok anak-anak saya. Ada masa mereka suka makan kobis dan adakalanya mereka memilih pula. Tak di usik langsung kalau mood mereka tak nak makan sayur. Saya dengan en Hubby ler kadang-kadang perabis bagi licin.
Lama-lama bila saya mengkaji (cehhh!! haha) rupanya anak-anak saya ni tak suka kobis yang di goreng kurang pedas. Kalau orang lain, bila saya berbelanja barang basah. Saya tengok mesti mereka beli lada hijau besar tu dekat berkilo-kilo. Tapi saya tidak dan jarang sangat saya beli lada cili besar tu. Saya pulak akan beli dekat sekilo lada cili padi untuk stok masak. Untuk masak sayur, atau ikan, ayam atau apa sahaja, saya akan gunakan lada cili yang kecil tu. Untuk hirisan mahupun untuk lemak cili padi semua saya gunakan lada cili kecil. Kecualilah saya teringin nak masak Nasi ayam.. hmpphh terpaksa ler saya beli lada cili merah besar tu. Itupun empat atau lima batang sahaja. Kadang-kadang nak beli pun segan sebab sikit sangat hehe..
Sayur kobis ni, saya lebihkan hirisan cili kecil tu, letak su'un dan tauhu kering. Saya tengok anak-anak laju pulak makan. hmppphhh memilih sungguh... adehh

Telor Masak Kicap
Semalam pagi-pagi saya dah termenung sakan. Malassssnyaaa Ya Allahhh... Sangattt malas. Pagi ni saya kena masak juga, sebab anak bujang saya demam hari ni. Dia ada di rumah. Tapi demam-demam pun selera dia macam orang sihat. Tak nak sup-sup. Tak selera kata dia. Yang pedas yer!! memang senyum ler.
Saya ni ada dua pilihan kalau saya malas nak masak pagi. Pertama saya akan balik waktu rehat tengahari untuk memasak, atau saya beli di kantin dan hantar ke rumah. Tengahari anak-anak balik sekolah, kesian pula kalau tak ada apa-apa di dapur. Tapi kadang-kadang saya mengelat jugak, saya bagi duit belanja lebih untuk anak-anak beli apa-apa di sekolah untuk makan balik nanti. kesiankan!! hehe Nak buat macammana. Kerja.
Saya sambung balik pasal starting nak cari idea pagi tu eh. Saya pandang ikan yang sedang keras, Saya jeling pula daging yang lagilah keras. Hmmppp Last-last saya ambil telor. Saya masak ler lauk Telor masak kicap ni. Masak kicap memang kesukaan anak-anak. Janji lada cili dia lebih segenggam, memang ler licin.
Gambar ni pulak, saya ambil dalam bekalan saya ke Office. hehe, sebab saya pun suka masak kicap. Jadi saya makan tengahari semalam. Licin gak! Camner diet? Ah lupakanlah kejap..

Wednesday, 27 April 2011
Ubi Goreng
Sabtu lepas encik Hubby awal pulak balik dia. Dia bawakan saya dan anak-anak Ubi Goreng. Balik-balik tu dia cakap...
"La, buatkan sambal kicap, abang tengok sambal kicap dia tadi cair macam air, tak lalu pulak nak ambil"
"Ok Yang! Waits se minit" kata saya.
Kebetulan masa tu memang saya nak buat sambal kicap pun, tak tau kenapa sebab macam ada rasa nak buat.. hehe sejiwalahhh..
Ni hahh Ubinya, cam batang kayu pun ada.. hahaha iskkk tak berkat ler asyik nak ngomel jer, tukar ler.. Sedap ler gakkkkk (haha nada lebih kurang jjeerrr)

Acar Ikan berempah
Saya suka sangat lauk ni. Sedap dan jimat tenaga. Ada ikan, ada sayur dia sekali. Kat rumah ni, kalau makan pun tak berapa leceh. Ada Nasi, ada satu lauk pun dah cukup. Ada orang, kena ada ikan goreng ke ayam goreng ker, walaupun dah masak kari ker lemak ayam ker. Tapi kat rumah saya, satu lauk cukup. Mudahkan.
Tapi, kalau masak lemak sayur ker, lauk bening ker, hahh sambal dan ikan ke ayam wajiblahhh. Kalau tak ada, saya pun tak lalu nak makan. hehe. Okey, masak ni senang jer, Goreng dulu ikan tu. Lepas tu, masak Acar timun dengan lobak tu macam ala-ala Acar Johor yang dulu-dulu orang buat masa kenduri kahwin tu tapi bezanya letak rempah kari jer, then gaulkan dengan ikan goreng tu.. Mak Aiiihhhh.. sedapp.
Urusan Selesai
MPPG hantar memo tahun lepas, Rumah atau kedai atau apa saja bentuk bangunan yang sudah di ubah suai di kawasan Pasir Gudang, di wajibkan untuk buka pelan. haha, tergelak saya sebenarnya. Rumah beli dah ler bank ambil berdouble-double dari harga asal, dengan cukai tanah, cukai rumah yang perlu di bayar lagi. hahaha gelak lagi...
Ni, dengan pelan rumah yang memangnya hak kita sendiri punnn nak kena catu ubahsuainya. Zaman sekarang memang wajib ada harta sendiri, Tapi bila berharta macam ni, masih lagi bukan di bawah kuasa tuan rumah. Undang-Undang???? hahahaaaaa undang-undang yang menyusahkan orang buat apa? Kalau dia bantu tengok-tengokkan dan jeling-jelingkan cara jual beli bank yang sangat mencekik darah takper. Kita jugak yang susah.
Dengan zaman sekarang ni, kalau keluarga ada 6, 7 8 orang, dengan rumah 3 bilik, manalah nak cukup, klau tuan rumah tak pandai-pandai adjust mana yang patut. kalau anak 8, 4 perempuan, 4 lelaki. ok juga. Satu bilik mak ayah, 1 bilik anak lelaki dan 1 bilik anak perempuan, amekkk macam ikan sardin dlm tu. Tapi kalau 1 lelaki, 7 perempuan? Tak merana?
Tu yang bila baca paper, kerajaan bukan tak tau, faktor suasana rumah tu sendiri buat bebudak stress takmo lepak kat rumah. Kalau dah ruang tamu sempit, bilik kecik. Mananya nak privasi? Hahh!! ni kang ada pulak yang cakap apasal tak belajar tinggi-tinggi? Kalau kerja gaji besar kan senang nak beli rumah besar? Apasal masa nak beranak tak fikir? hahahaha sungguh sengal penyataan macam ni..
Semalam urusan saya selesai, ke Pejabat Tanah dan Galian, Ke Pejabat EPF dan urusan buat Kad Pengenalan anak yang sulung pun selesai. Alhamdulillah. Sebelum-sebelum ni kalau saya berurusan dengan orng kerajaan, hampir pukul 5:00 baru selesai, tapi sungguh saya tak sangka, sekarang mereka dah terlalu update cara pengurusannya, Setiap satu jabatan yang saya pergi, tak sampai pun setengah jam. Selesai!! Senyum ramah pun terpancar sekarang. Mungkin makcik-makcik tua yang bermasaalah rumahtangga sudah tak di benarkan untuk duduk di kaunter. Baguslah. Semua cantik-cantik belaka. Yang seusia dengan saya pun jelita dengan solekan ala kadar serta fesyen tudung yang tak senget-benget..
Fesyen mereka sekarang dah update. Saya suka!!! Borang saya tak lengkap pun nampak senyum mereka tak fake. Alhamdulillah.

So, balik semalam dalam pukul 2:00 petang, saya singgah sini . Giant Plentong. Makan.... lapoooooo sangat. Saya order Nasi goreng kampung, dan suami lak order Sup Tulang dan nasi putih. Saya makan dengan lahap, dari parking nak ke tempat makan ni saya rasa macam jalan atas angin. melayang jer..
Tuesday, 26 April 2011
Lemak Labu
Cair!! itu yang saya boleh cakap! Kenapa? sebab santan kotak tinggal suku, saya masak lauk ni pun semangkuk jer. Ingat tak laku, sebab anak-anak ni sayur memilih sikit. Larrr rupanya laku jugak.. sreet..sriittt mangkuk kena seret dek sudu. Kesian ler pulak.. Mana taknya ada lawan dia, ikan Kering dengan sambal tomato. Lauk ni saya masak tatkala ada hidangan Sotong Oriental di bawah, beleklah eh..
Takper, ada lagi satu suku labu yang belum di usik. Ingatkan nak try buat bingkaa... Tapiiii tak retiii uwwaa!! Saya memang failed bab kuih muih. hehe

Subscribe to:
Posts (Atom)