Friday, 29 April 2011

Aku cerita pasal Politik? Macam iyer... iyerr...

Saya semakin risau dengan peradaban manusia yang terang-terangan membawa kerosakkan untuk generasi akan datang. Sungguh-sungguh saya takut dengan apa yang berlaku sekarang ini. Saya sudah lama tidak menonton TV3 terutamanya Buletin Utama. Saya bukanlah seorang yang terlalu taksub dengan Pembangkang. Saya juga bukanlah manusia yang tidak reti bersyukur dengan apa yang ada di Malaysia sekarang ini.

Tetapi secara realitinya jiwa dan pemikiran saya sentiasa suka melihat apa yang benar  dari yang tidak. Sejak tahun 1998 lagi dan sejak kes Dato Seri Anwar Ibrahim di telanjang bulatkan maruahnya di hadapan sekalian manusia dan terutamanya ahli keluarganya sendiri saya merasa ada yang tidak kena dengan politik di Malaysia. Apalah sangat kiranya kesalahan seksnya, kerana dalam kepimpinan yang tertinggi sebelum itupun ramai dan banyak yang telah membuat onar lagi teruk dari yang mereka perkatakan tentang DS Anwar.

Mungkin untuk menyerang DS dari segi rasuah mereka tidak berjaya. Sebab bukti susah nak di buat. Lebih memudahkan untuk mencalar kewibawaan DS, mestilah tentang kesalahan Seks. Liwat!! Dari permulaan kes tu saya tengok terlalu banyak pincangnya. Dengan Trivoli Villa yang sedang dalam pembangunan, dengan tarikh kes yang di tunda sesuka hati. Isyyy Biarlah saya percaya DS itu bersih dari membiarkan saya menanamkan fitnah di dalam diri saya. Kalau iyerpun benda tu berlaku, biarlah dia dengan urusan ALLAH. Saya juga manusia biasa, yang takkan lepas membuat salah di atas dunia ini. Saya takut kepercayaan saya akan di balikkan kepada anak cucu serta generasi saya seterusnya nanti. Mintak di jauhkan.

Saya terfikir kenapa beria-ia benar kepimpinan tertinggi mahu memadamkan terus DS dari senarai nama orang berkuasa di Malaysia? Pada saya silapnya bermula dari DS sendiri. Dia mewar-warkan tentang segala kebusukkan di dalam parti, tentang rasuah yang melibatkan peringkat tertinggi di dalam parti. Itu sebabnya perancangan di buat untuk memansuhkan terus DS dari menaiki takhta.

Dengan segala media dan segala institusi tertinggi yang di pegang kerajaan, memang jenuhlah untuk mematikan langkah fitnah yang semakin bersiri ini. Kecuali, Media dan institusi itu sendiri bertindak berani mengendahkan segala suruhan tangan-tangan ghaib. Insya Allah mungkin semua ini akan berakhir. Itu pun dengan izin ALLAH lah. Kalau ALLAH kata DS, "Kau punya cabaran tidak mati di sini. Ada lagi... maka berterusan ler sehinggan ALLAH sendiri menghentikan takdir ini.

Selamat berjuang DS. Mana yang elok, saya ikut jer. Sebab saya pun dah muak dengan harga barang yang tak menentu sekarang ini. Mungkin ini masalah kecil bagi orang-orang yang berkeluarga kecil. Tapi ingatlah, pembangunan insani itu bermula dari keluarga. Cukup makan, Cukup cantik sosial keluarga, maka cantiklah masyarakat..

1 comment:

  1. itulah pejuang sejati...moga ALLAH tunjukkan kebenaran...dan memakbulkan doa mereka yang difitnah...lambat laun pasti yang benar tetap benar...tunggu dan lihat...:)

    ReplyDelete