Apa perasaan kita andai, Cinta dan Kasih Sayang yang selama ini kita ada berkecai begitu sahaja tanpa kita sedari? Kecewa? Aku rasa sangat Kecewa jika ianya terjadi. Rasa Kecewa itu lebih parah andainya bila beranggapan selama ini Pasangan hidup kita juga Cintanya sehebat dan semekar apa yang ada di hati kita namun hakikatnya TIDAK.
Lebih memilukan andainya kita ketahui selama setahun ini rupanya hanya kita yang menyayangi dia setengah mati. Kejam sungguh Lelaki yang bernama Suami. Tidak terdetikkah di hati kecilnya segala pengorbanan tanpa keluhan yang selama ini di lalui bersama? Tidak ada sekelumit kasihankah di hatinya bila waktu hatinya berubah riang kerana cinta yang baru di temuinya? Tidak adakah kenangan saat bercinta yang boleh mengembalikan hangatnya cinta seperti masa nan lalu?
Mengapa Sang Lelaki mudah benar melupakan saat-saat manis itu? Kerana perubahan fizikalkah atau kerana Sang Isteri tidak manja seperti zaman bercintakah yang membuatkan lelaki mudah mengucapkan selamat tinggal pada kasih sayang itu? Andai itulah penyebabnya wahai lelaki, ketahuilah Isteri menjadi seperti itu kerana kehendak dan acuanmu juga.
Lelaki, andai panjang umurmu kelak dan jika tidak panjang jodohmu dengannya kelak, ketahuilah salah itu terletak di bahu mu. Anak-anak itu sudah mengerti walaupun Isterimu sentiasa bercerita yang baik-baik tentang dirimu.
Aku sebagai sahabatmu, wahai sahabat. Dugaan ini sangat berat di bahumu dan di mataku ianya seperti panahan petir kerana tidak ku sangka, ALLAH begitu sayangkan mu. Ketahuilah sahabat, ALLAH hanya menguji orang-orang yang di rasakannya boleh dan sangat kuat menghadapi ujian ini.
Sepanjang bersamamu Sahabat, belum pernah pun sekali aku mendengar keluhan tentang masalah rumahtanggamu wahai sahabat. Walau aku tahu dan boleh di agak setiap inchi apa yang kau hadapi. Segala apa yang kau lakukan sangat indah pada mataku wahai sahabat. Semoga ALLAH menjaga dan melindungi perjalanan hidupmu kerana telah berjaya menjaga aib dan maruah suamimu.
Andai sampai di sini jodohmu, wahai sahabat. Cekalkan hatimu. Bukakan matamu, panjangkan langkah mu ke arah yang lebih baik. Aku mendoakan yang terbaik. Semoga ada sinar itu.
Redhakan dia, biar dia bebas seperti burung di awan. Biar dia menikmati apa yang ada di dunia ini sehingga kepuasan dan kekenyangan. Mungkin itu yang dia mahukan. Orakkan langkahmu sehingga kejayaan yang selama ini tertutup dek kerana seribu halangan. ALLAH memberi jalan yang terbaik kepada setiap hambanya.
Untuk sepasang anakmu itu, Didiklah dia menjadi seorang yang tidak berprasangka dan biar mereka berdua rapat dan mengambil tahu hal antara satu sama lain.
Aku... aku semakin mencintai Suamiku, kerana peristiwa yang berlaku kepadamu sahabat. Dan aku juga berharap semoga dia juga mencintai aku seperti aku mencintai dia.
No comments:
Post a Comment