Monday 28 November 2011

Bebanan Hutang - Nasib si Pemberi


Salam Ukhuwah.. Salam Ceria..
Bila saya ceria saya ketawa, Saya bersyukur.. dan bila saya berada di dalam duka saya bercerita...
Kali ini saya nak meluahkan kisah saya sepanjang saya mula menginjak zaman bekerja. Sebenarnya ada sesuatu yang berlaku lately yang membuatkan saya rangkumkan kisah Hutang kali ini. Saya sentiasa menjadi orang yang "terkena". Nak kata saya ini tidak berhati-hati. Yer mungkin. Sebab saya selalu percaya pada kawan. Saya selalu ingatkan pada diri saya rezeki yang ada pada saya bukan hanya untuk diri saya. Walaupun satu sen kalau ALLAH kata that's not yours ila.. Yer.. saya akan mencuba untuk ikhlaskan hati. Tapi yerlah saya ini cuma manusia biasa, yang degil dan ungkal untuk muhasabah diri. Diri saya tidak sempurna untuk menerima sebarang ujian. Tetapi biasanya bila saya rasa amarah, masa tulah saya akan mengeluh kesah. Setengah jam kemudian bila semuanya normal, saya baru terasa ruginya saya mengeluh kesah... Pahala untuk saya yang ALLAH dah sediakan berkurang pula jadinya.

Begini ceritanya dulu, saya ada kawan yang berada dalam keadaan tertekan. masalah rumahtangga (saya sering di kelilingi oleh orang yg bermasalah rumah tangga, baru saya perasan haha) dengan raya yang sudah hampir, anak-anak tak berbaju baru lagi, kereta dan rumah yang berbulan tak berbayar. Saya waktu itu ada rezeki lebih, saya pula tidak keberatan untuk menolong andainya dia perlukan bantuan. Tapi untuk memberi tidaklah!! Kalau mereka nak pinjam. InsyaAllah, bahagian untuk dia ada.

Sudahnya saya berikan RM3000.00. Saya katakan padanya, anggap sahaja pinjaman ini tidak ada had masa untuk dia bayar yang penting setiap bulan dia perlu lunaskan pada saya. Walaupun dia mampu RM10.00 pun sebulan saya akan terima. tetapi kalau masa bonus tu tolonglah lebihkan bayarannya. Itu timbang rasa saya padanya. 3 bulan berlalu, satu hari ada rakan sekerja lain bertanya pada saya. "Ila, awak ada pinjam "Y" duit RM3000.00 ker? Dia bising-bising awak tak bayar duit dia."

Eh!! Saya terkejut dan tiba-tiba saya amnesia dengan pertanyaan tu. sampaikan saya terdiam dan ambil masa untuk fikir balik. Sebenarnya siapa yang pinjam duit siapa ni? Saya atau dia? Kalau anda apa yang anda rasa? Duit yang di pinjam sudahpun di pulangkan dalam jangkamasa yang panjang juga. Makan tahun kata orang. Saya ada bertanya kenapa dia buat cerita yang begini? Saya tidak pernah bercerita dengan orang lain saya memberi dia pinjam wang saya kenapa harus memanipulasi cerita sampai begini? Sampai sekarang saya tak tahu puncanya. Saya biarkan.

Ini cerita kedua saya dengan rakan yang lain pula. Dia menjual produk batu yang ada pancuran air. Tak mahal hanya RM50.00. Saya sudah berikan dia wang dan sampai sekarang barang dan duit tu masih tidak saya dapat lagi. 3 tahun lepas saya ada hantarkan kain ela untuk di buat baju kurung. Sampai sekarang ini sudah 2011 bayang kain serta baju contoh yang saya beri tidak sampai-sampai ke tangan saya. Kalau anda kata mintalah... saya rasa hampir 2 perigi air liur saya ingatkan dia, namun alasannya, "ada..ada.. nanti kena cari kat rumah" hmpphhh. Baru-baru ini orang yang sama ini juga membuatkan saya makin stress. Duit kutipan Deptnya untuk rakan yang melangsungkan perkahwinan tidak sampai lagi ke tangan saya. Sedangkan saya sudah dahulukan dengan duit saya. Oh!!! ianya berlaku lagi..

Sebelum ini saya ada pinjam novel miliknya. Saya belum pulang-pulang lagi. Jenuh dia minta buku itu untuk di pulangkan, namun saya biarkan macammana dia asyik membiarkan segala barang saya yang saya tuntut untuk di pulangkan kepada saya. Adil tak? Ke saya pun macam dia juga? Apa pendapat anda?

Dan cerita ketiga saya, makin menyesakkan dada saya. Kali ini ada Catering Service yang berhutang resit dengan saya. Company saya (saya kuli ajer hehe) ada mengadakan majlis dan saya di tugaskan untuk mencari Katering. Oleh kerana Majlis ini di buat secara tergesa-gesa (Jangkasamanya amat singkat) saya kontek Jiran saya (Ibunya memang buat Katering Service) Nak di jadikan cerita, ayam yang di hidang hari tu ada yang busuk. Jadi masa dia nak ambil baki cek tu saya maklumkan padanya ada yang mengadu ayam busuk. Pada mulanya dia kata Ok jer, merendah diri. Saya dan AJK lain pun tidak terlalu kisah. Masalah kecil pada saya, sebab majlis dah selesai. Kami sebagai AJK hanya memberi maklumbalas, bukan untuk menjatuhkan kredibiliti Syarikatnya. Langsung tidak terniat di hati saya yang kes ini akan membuatkan mereka berkecil hati. Sebenarnya mereka ada menghantar 2 sms yang memaki hamun dan marah saya. Tapi saya tidak terlalu ambil hati. Saya juga tidak mengadu pada sesiap. saya hanya mengadu pada anda semua di sini. hehe

Hak untuk marah adalah hak masing-masing.  Saya bukanlah orang yang suka melayan amarah orang. Saya balas dengan kata-kata yang lembut sahaja dan kata-kata yang sangat merendah hati. last-last sekarang sudah nak masuk minggu ke2 selepas majlis tu, resit RM3000.00 (baki payment) tak di hantar-hantar. Silapnya masa di beri duit tu, budak Finance yang membayar pun menerima alasan dia resit tak di bawa bersama. Lupa katanya. Arghhh!! Jadi apa-apa hal sayalah yang kena tanggung. Saya tak faham kenapa ada orang sebegini di dunia.

Terimalah kritikan bila anda mahu kejayaan mengiringi. Macam Bos saya, Macam-macam dia kena dengan orang atasan, tapi dia maintain cool sampai sekarang. Lepas ni saya nak kisahkan pula nasib malang yang di hadapi oleh klik sepejabat saya. Kasihan mereka. Saya andaikan mereka ini di babitkan dalam "White Collar Conspiration"

No comments:

Post a Comment