Thursday 17 November 2011

Filem Al-Hijab



Assalamualaikum,
Semalam Ahad yang sangat tidak selesa pada saya. Sakit kepala yang selalu saya rasai kalau waktu tidur saya terkurang dari biasa.hmppphhh lemah betullah. Tapi tak mengapalah, Sakit tu kan kifarah dosa. Belajar untuk ikhlas menerima suatu penyakit.. heheh (dah mengeluh baru sedar... saya manusia kurang sempurna..)

Okey, Semalam oleh kerana sakit kepala yang melanda, saya upah anak-anak saya yang sangat baik hati tu semua untuk tolong idaikan kain jemuran yang menanti. Selesai kerja mereka, saya langgankan filem Al-Hijab untuk mereka tonton bersama-sama. Kebetulan Encik Suami pun tak bekerja semalam, maka berlengkarllah masing-masing di port masing-masing. Saya? saya tidur di bilik seorang diri melayan kesakitan yang melanda sambil saya pasangkan MP3 Yassin berulang kali.

Jam 5:00 petang, saya menonton keseorangan tatkala semua yang kepenatan berdengkur berjemaah di hadapan Televisyen yang terpasang. Dari awal cerita ini saya sudah merasai filem ini tersangatlah hancur dan meluluhkan perasaan yang mengharapkan ianya hasil terbaik dari seorang yang agak menyayangi industri perfileman. Dengan adegan yang kelam kabut, adegan syok sendiri, adegan perasan seram, adegan selamba yang tak menjadi. Segala-galanya menjadikan saya agak kurang bersabar. Bukan saya ini berkira-kira dengan mahukan filem yang berunsur terlalu nyata. Tidak! Tapi saya mengharapkan jangan ada sedikit pembziran duit pun berlaku sehingga filem yang di hasilkan cacat sepenuhnya. Sayanglah!!!

Setakat ini Pierre Andre seringkali membuatkan saya terkilan dengan hasilnya, Sesuatu yang boleh di jadikan dan di angkat terbaik sangat-sangat menghampakan. Bila di tenung dan di renung, sebelum filem ini di mulakan kerjanya, tidak ada ilmukah mereka ini tentang apa itu hijab? Dangkal dan bodoh sangatkah mereka ini tentang Hijab? Apa motifnya tentang scene di perpustakaan dan scene Pierre menelaah internet tetapi ertikata, maksud dan makna Hijab yang terbuka itu tidak di perluaskan sepenuhnya?

Tidakkah sebagai orang filem dia patut tahu, di sekeliling kita ini wujudnya makhluk lain yang berkongsi kediaman dengan kita? Roh gentayangan ada di mana-mana, Roh yang masih tidak di angkat ke tempat sepatutnya masih ter gantung di antara bumi dan langit. Ilmu dan amal semasa hidup ini yang membuatkan roh-roh itu ada di sudut dunia. Ni karang ada yang tidak pernah percaya soal alam mistik akan mengatakan saya ini suka berkhayal. hehe.. tidak mengapalah, manusia itu akalnya walaupun sangat bijak, tetapi kepercayaan yang ada di segenap hati kita tidak sama. Abaikanlah.

Lagi satu saya sangat ingin berpesan pada penggiat filem, Bila ada duit, bila ada sponsor, bila sudah ada penerbit, tolong-tolonglah berusaha untuk lari dari kebiasaan. Carilah sesuatu yang nampak sangat matang bila mahu menghasilkan filem. Saya tidak mengharapkan cerita-cerita seperti hasil dari Arwah Yasmin, atau Erma Fatima atau Shuhaimi Baba yang menggarap sesebuah cerita menjadi filem yang sarat dan serius. Bukan!! Saya sendiri sangat mengantuk bila di hidang cerita-cerita sebegitu. Tapi saya mahukan cerita seperti yang David Teoh keluarkan, Santai tetapi isinya tidak seperti asal ada. Bila nama David Teoh saya keluarkan, itu hanya contoh aje, saya takdelah mengiktiraf hasil yang dia keluarkan terbaik dan terbagus, sama sekali tidak.

Saya cuma mahukan biar filem itu keluar dengan cerita, dan aksi yang sepatutnya. Kalau nak keluarkan cerita seram, biar dari awal hingga akhir, scenenya membantu watak, bukan watak yang membantu hasil seram itu. Maksud senang saya, saya sebagai penonton tidak mahu dan taknak tengok memek muka sangat. Itu umpama melihat teater di atas pentas. Kenapa suka fokus muka pelakon? Mata melingas, dengan mulut herot berot, mata ke atas siling rumah, kalau kat hutan, melingas ke atas ke bawah. Dah tahu takut, rela ker nak mencari hantu? Dah tahu takut duduk diam-diamkan bagus. Lebihkanlah penceritaan.

Itu sahajalah setakat ini

No comments:

Post a Comment