Wednesday 13 March 2013

Diari SNE & BE 3

Yer... Saya tak kira hari ini hari ke berapa saya menggunakan produk SNE dan BE ni. Tapi yang saya tahu, setiap hari saya menahan sakit kepala yang berpanjangan. Tidaklah sampai menganggu tugasan sehingga terbaring tak bermaya. Masih boleh melakukan tugas seperti biasa cuma rasa tidak selesa dari Migrain ini kenalah hadapi. Saya cuma berfikiran positif untuk sementara ini.

Tahap untuk minum air sebanyak 2 liter masih jauh untuk dikatakan berjaya. Susah betul nak biasakan minum air. Macam nak termuntah pun ada, tapi seperti yang saya katakan, saya tidak akan memaksa tubuh badan, sekadar melakukan apa yang termampu asalkan BUAT!.


Setiap kali sakit kepala ini datang, saya selalu katakan mungkin tahap hemoglobin dalam darah masih tidak normal. Ubat seciput itu apalah daya nya nak menjadi normal sekaligus. Tentu makan bulan dan mungkin tahun. Dengan fikiran sebegitu, Yer!! saya bertabah lagi. Saya akan teruskan lagi.

Cuma yang saya perasan, bila saya makan Pil SNE, tubuh badan saya tidak merasakan effect keterlaluan. Maknanya effect yang baik-baiklah. Mungkin badan saya tak banyak sangat toksin mungkin, sebab sebelum ini saya kerap makan fiber, Teh Orang Kampunglah dan macam-macamlah. Jadi mungkin effectnya kurang saya rasakan. Tetapi bila saya makan BE (sayang nak makan, jadi saya ambil BE kadang-kadang sementara SNE habis) apa yang saya rasa adalah, kurang selera makan, kehausan yang amat, Lawas yang tetap setiap pagi. Buang air kecil yang kerap serta kulit muka yang smoothh.

Jadi, mungkin selepas ini saya bolehlah meneruskan dengan BE sahaja kot. Save Budget sikit. Mahal tu. hehe.

Okey!! yang terrrrrbaca diari saya ini, teruskan jika ada masa lapang, saya cuba untuk stay dengan produk ini. Bila saya sudah berpuas hati, InsyaAllah. Saya akan berkongsi berita dengan gambar pula.

No comments:

Post a Comment