Sunday, 8 May 2011

Pajeri Terung

Wah!! dah lama tak beli terung. Sampai saya dah lupa anak-anak suka ke tidak makan terung. hmpphhh... suka rupanya mereka. Itupun kalau saya masak yang merah-merah macamni. Kalau saya hiris bawang, lada.. bertuahlah anak-anak nak sentuh.

Terung ni fresh dari tanah ni. Kawan saya hantar, kira rezeki saya ler ni. Alhamdulillah. Ok jom tengok jerlah. kalau anda tertanya-tanya, asyik gambar jer, resepi tak ada ker? hehe, bukan apa, ni kira diari memasak saya ler nih. Jadi kang bila bosan-bosan tak ada idea, atau bulan puasa, boleh ler saya belek balik ni. Masakan yang ringkas-ringkas macamni, memang sesuai untuk waktu sahur. Jadi... anda pun, kalau tak reti nak masak apa, belek-belek diari saya meh...


Friday, 6 May 2011

Ayam Masak Merah





Selasa lepas, pagi-pagi sebelum nak pergi kerja. Saya termenung depan peti sejuk. Nak masak apa untuk budak-budak ni. Adehhh.. aksi biasa saya, kalau tak ada mood nak memasak.. hehe tak baik betulll. Saya belek, tengok ada ayam 4 ketul. hah sedang eloklah, seorang dapat dua ketul.

Setelah fikir punya lama, makanya saya tumis lada, serai semua... Jadilah Ayam Masak merah yang serba last minit ni. Saya tahu, mesti si dara dan si hero tu, akan terbuntang biji matanya bila tengok lauk ni bila balik sekolah tengahari karang.

Bukan apa, sebab dah lama saya tak masak merah. Asyik masak kicap jer (sebab mudah). Saya masak 4 pot nasi (ukuran rice cooker punya) Petang tu, saya balik, tinggal sepiring kecil jer nasi. Saya dah cakap dah... Kalau saya masak 2 pot pagi tu, mesti petang tu saya kena sound .. hihi

Sayur Sawi batang putih

Hahaha, asal boleh jer saya letak nama sayur nikan!!. Ini sayur kesukaan saya, sebab kalau makan tu krak..krukkk bunyi dia. Sedap. apa eh, orang kata nama sayur ni? Takper.. Janji sedap.

Kalau sesiap yang tengok sayur ni , mesti seramkan tengok lada cili yang banyak tu? Memang macam tu ler kat rumah saya ni, Semuanya peminat pedas, Yang umur 2 tahun tu pun pandai. Dia tak layan sangat lauk-pauk yang takde rasa pedas. Tapi kadang-kadang kesian pulak, tergaru-garu makan. Menanbah pulak tu kalau makan pedas-pedas. hmppp kemana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi? Yer Tak?


Nenas Asam Pedas


Siapa pernah masak lauk ni? Sila angkat tangan. Lauk pauk yang saya masak ni kengkadang berulang jer. Maklumlah, saya ni bekerja, lauk yang paling mudah dan anak-anak suka, tulah yang akan di ulang masak. Biasanya, bila saya beli nenas, budak-budak dah dapat agak dah, nak masak apa. Kalau tak Tumis air, Pajeri, kalau tak mesti masak asam pedas ni.

Ada orang bila masak asam pedas, mesti letak ikan atau ayamkan. Saya tak.Sebab takut rasa nenas tu hilang, hehe . Mananya.. takdelah, sebab, kalau saya letak ikan, anak-anak makan sambil mengasingkan tulang ikan. Kesian lak.

Jadi, saya biasanya masak macam ala-ala asam pedas ni, then goreng ikan atau ayam jer.. Cukup!!

Nasi Ayam


Amboiii rajin pulak saya mewarnakan nasi ayam ni. Entah ler mana tah datangnya semangat memasak ni tetiba. Almaklumlah duduk rumah.. Cuti hari buruh, kami sekeluarga tak kemana-mana. Duduk rumah jer. Penat nak berjalan. Budak-budak pun macam tak kisah pulak, tak menyebut nak berjalan.

Ada juga hati nak meronda-ronda mana-manalah tahu kalau anak-anak bunyi, bosan ker apa. Tapi nampaknya semua sedap bermalas-malasan kat rumah. Cuaca pulak sejuk, kejap macam nak hujan, kejap mendung. Cantik arr. Kena pulak sekarang ni Astro ada Chanel Astro First.. hmmppp berwayang ler kita orang kat rumah.

Ok, citer plak pasal Nasi ayam ni, dengan tak ada daun salad, tak ada stok lada cili besar. Jadi dengan rajinnya saya merendam lada kering, dan ketang-ketung tumbuk pakai lesung batu. Buat sambal sos dia. Ayam pulak, saya tumbukkan halia, kunyit, bwg putih dan ketumbar... Perghhh rasa dia macam ayam penyet ada, cam ayam percik pun ada. Sedap..

Malas nak menggoreng lama, saya sumbat dalam oven, 40 minit. Keluar dari oven saya sreeengggg dlm kuali, biar ayam dia nampak gagah sikit. Nasi tu pulak, saya sajer gatal-gatal nak letak warna, Ingatkan nak letak hijau dan kuning, kuning takdelah pulak... Takperlah... Habisss sudaaaa...

Kek Ireen



Sebagai kenang-kenangan, kebetulan ada lagiii gambar kek harijadi Ireen masa dia nak menyambut umur baru. Tahun 2009 ni, dah lama. Masa ni dia belum masuk sekolah pun lagi, tahun 2009. Saya menempah dengan Kak Lestari kehidupanku ni. Pinky-Pinky lagiiii.  Melayan Ireen yang minatkan pink. Layan gambar ni eh...

Sekarang, budak paling montel ni dah berumur 6 tahun dah. Kuat merajuk, Sekarang ni pun dia asyik mengira-ngira.. "Lambatnya bulan sembilan.. hehe. Yerlahhh duk tadika, kan seronok bila tiup lilin depan kengkawan..

Tuesday, 3 May 2011

Daging Masak Kicap


 Punyalah saya rajin masak daging. Lecehkan... Sebenarnya idea tak lagi datang nak masak apa ni. Jadi saya sajer ler merebus daging ni itu pun dalam rice cooker hehehe.. Saya letak garam, rempah kari, ketumbar, garam, gula. Tunggu dia empuk. Dalam pada tu saya nak buat apa dengan daging tu, masih di tahap samar-samar lagi. Fikiran masih melayang. Macam nak buat kari, tapi hari tu saya baru lepas masak Sardin masak kari. Takut anak-anak dan suami muak pulak.

Saya pun blender lada buat persediaan jer kalau-kalau tetiba idea muncul. Punyalah payah jadi emak ni. Nak masak apa pun perlukan banyak masa nak fikir haha. Sebenarnya perut saya rasa kenyang, sebab tu idea lambat sikit. Kalau tengah lapar hmppphhh laju jer dia datang. Maklumlah nafsu kelaparan tu... haissyyy tak senonoh. Bukan apa, pagi tu saya buat Nasi Goreng pedas dengan lempeng serta sambal lada cili (lupalah nak ambil gambar.. tak apa lain kali eh) Tu yang makan tak hingat tu. Padahal, ni untuk makan malam ni, dia punya kenyang sampai ke maghrib ni.. hehe. Saya ni bukannya jenis makan banyak pun, tapi tu ler, badan ni macam gaya orang kuat makan.. Hairan saya.

Last-last dah habis saya ke hulu kehilir sambil tengok-tengok tv, saya pun tumis jer lada tu, daging tu saya campurkan dan saya letak kicap. Jadilah Daging masak kicap ni. Saya sebenarnya nak mengelak dari masak kicap ni. Bukan apa, kerap sangat masak kicap, tapi itu yang anak-anak suka. Ayah dia pun suka. Saya lagilah suka, sebab masak kicap ni, saya baling dari katil pun, dah boleh siap. Senang giler... hihi.. Besorkan malasss jerr saya ni kan... Sila.. sila jamu mata jerr..