Friday, 28 October 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah.. Alhamdulillah dan Alhamdulillah.. Sebanyak-banyaknya saya memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada ALLAH Yang Maha Besar. Sungguh memang sungguh dia Maha mendengar. Dia tidak putus asa memberi walaupun balasan dari saya ini bukan sahaja sedikit, mungkin tiada. Subhanallah.

Rakan Seislam saya yang di rahmati, andai hijab hati terbuka pada keindahan dan kebenaran, anda akan merasakan sesuatu yang sangat indah di dalam hati. Benarlah dunia ini anda akan letakkan yang ke-2 selepas NYA. Besar rahmatnya pada saya. Hati ini rasa tenang, sentiasa mahu mengejar waktu yang 5 itu. Keseronokkan itu membuatkan saya tidak mahu berhenti 2, 3 ataupun 4 rakaat itu. Kekusyukkan itu menjadi seronok bila kita hayati setiap bacaan di dalam Solat. Rasa rindu itu terbit setiap kali kita teringat akannya.

InsyaAllah, rakan-rakan sekalian, saya sentiasa berdoa, anda yang terapat mahupun Muslimin dan Muslimat di luar sana dapat merasa getaran yang saya sedang rasakan ini. Amin Ya Allah Amin. Kawan-kawan sekalian, jangan putuskan Zikir dari dalam hati di setiap saat nafas kita. Iktikadlah supaya setiap zikir itu akan membunuh Syaitan yang beraja di setiap urat darah kita. Bunuhlah ia supaya Takwa itu ada, sabar itu  menjelma. Maka Senyum gembira dan rasa puas itu akan datang sendiri.


Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rohim, tempatkan aku disisimu, cintai dan kasihi aku seperti kau mengasihi Nabi Muhammad SAW, para Anbiya dan Muslimin serta Muslimat. Berikan aku tempat di sisimu. Sesungguhnya rindu ini membuak-buak mahu dekat padamu.

Monday, 17 October 2011

Facebook Melalaikan Saya

Satu hari saya belek-belek Harian Metro. Saya terpikat untuk terus membaca artikel tentang artis Tiz Zaqyah yang lebih kurang sama dengan tajuk Post saya kali ini. Dia kata Tweeter melalaikan hidup dia. Pada masa yang sama apa sahaja yang dia tuliskan kadang kala orang lain akan maksudkan lain dari apa yang dia ingin sampaikan. Lagi satu Tweeter membuatkan dia ketagih untuk update apa sahaja tentang apa yang dia lakukan seharian.

Selepas saya membaca, saya mencuba untuk merenung kembali diri saya. Yer!! saya taksub dan sudah mencapai ketagihan untuk ber FB. Saya tidaklah terlalu galak untuk menempel pelbagai aksi dan muka, tetapi saya ketagihan untuk menyampaikan isi hati melalui FB. Saya juga secara tiba-tiba merasa mungkin apa yang saya bebelkan di FB saya sebelum ini banyak mengguris perasaan kawan-kawan, kerana saya sebagai manusia menulis dari isi hati saya dengan tentang diri saya, jadi saya tak terfikir langsung apa yang saya tuliskan akan menjadi maksud yang lain bagi orang lain. Jadi saya terus bertekad untuk berhenti ber FB pada hari esoknya saya membaca kisah Tiz Zaqyah itu. Saya sudahpun deactivated akaun FB saya.

Sekarang!! saya menyesal kerana membuat keputusan itu. Bukan menyesal kerana deactivated tu, tetapi saya menyesal sebelum saya buat keputusan itu, saya lupa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kawan-kawan saya yang berada di akaun saya. Tak mengapalah. Saya anggap pertalian persahabatan ini akan terjalin walaupun saya sudah tiada lagi di FB anda semua wahai rakan.

Saya bersyukur, ALLAh tak melupakan saya walaupun saya tahu sebagai manusia saya sentiasa mengelat. Ya ALLAH.. Aku malu kepadamu, kerana kau sentiasa mendengarkan doaku, tetapi aku...hmpphh

Wednesday, 12 October 2011

Bila Cinta Melebihi Sayang pada Diri 1

Apa yang perlu di rahsiakan sekiranya pengakhiran jodoh hanya setakat itu? Adakah malu yang menjadikan manusia ini terpaksa merengkek membawa perasaan yang tidak gembira sepanjang masa? Hidup seperti apakah itu?

Saya tidak sanggup hidup yang sebegitu. Sebagai manusia biarkan apa sahaja pandangan orang pada kita. TETAPIII... jangan kita buat endah tak endah dengan semua pandangan orang. Pandangan yang boleh memperelokkan diri kita tidak seharusnya kita perlekehkan. Bersedialah untuk menerima walaupun pahit. Kita manusia, ada sahaja lawan baiknya pada diri kita semua. Amatilah dengan tenang tentang itu. Tidak ada satu manusia pun yang ALLAH jadikan sangat sempurna melainkan ALLAH catatan dalam Al Quran, iaiutu nabi Muhamamd SAW. Jadi.. terimalah hakikat.

Sebaik manapun kita berharap jodoh kita panjang, Sebaik manapun layanan yang di berikan kepada Suamu dan sebaik manapun kita menjadi seorang wanita, terimalah hakikat, yang mengatur kehidupan kita itu ALLAH. Baik bersebab, buruk juga bermatlamat.

Wahai kawan, sudah-sudahlah menipu diri sendiri, sudah-sudahlah menyeksa diri dan sudah-sudahlah menyusahkan diri untuk suami yang langsung tidak mahukan dirimu lagi. Janganlah terlalu menjadi perempuan yang asyik menyorong dan menambah sebal di hati lelaki yang dulunya sangat menyintaimu dan kini sangat -sangat ingin menjauhi mu.

Terimalah hakikat kawan, hidup tak seindah apa yang kita mahukan. InsyaAllah, apa yang ada pada aku, aku akan cuba menjaga sebaiknya, tapi kalau ALLAH juga mahu nasibku sama seperti mu, InsyaALLAH.. aku akan cuba mengeraskan hati untuk menerima dengan redho. Segala-galanya urusan ALLAH. Kita hanya menumpang hidup dan bernafas di sini.

Untukmu kawan, Aku doakan, hidupmu akan lebih terurus selepas ini. Cubalah, walau pahit

Saturday, 23 July 2011

Kisah Bakal Tunang yang Curang Pulakk..

Macam-macam hal sekarang ni. Saya kadang-kadang berasa pelik, tapi apalah yang nak di pelikkan sangat yer, dah namanya manusia. pelbagai citarasa dan sikap. ALLAH sertakan nafsu yang pelbagai pada manusia. Yang penting manusia tu sendiri kena pandai mengawal nafsunya. Sebab itu ALLAH SWT dah janjikan pada kita manusia ni, kalau kau (manusia) ingat akan daku (ALLH SWT) makanya, dia juga bermurah hati untuk memberi, menolong dan menjaga kita (manusia)

Yer, saya mulakan kisah di paparan yang saya biarkan sepi dek kerana malas yang melanda. Tak mengapa coretan ini hanya sekadar luahan saya sendiri, maka tak perlulah saya tergesa-gesa untuk menampal setiap hari di sini. kepada anda yang sesekali terjumpa paparan blog saya ini, maaf, blog ini hanya sekadar mmenuhi ruang untuk saya meluahkan yang tidak terluah.

Sebelum ini saya coretkan kisah rakan saya yang sedang bergelodak rumah tangganya, dan sekarang ini pula saya paparkan kisah rakan saya yang baru sahaja selesai majlis tunangnya minggu lepas, namun belang bakal suami telah dapat saya hidu akibat kemodenan arus Facebook yang ada sekarang ini. Positif sungguh kalau bab ni FB yer.. hehe

Satu kisah hidup seseorang yang sudi berkongsi gambar dan mentagging gambar bersama insan yang sudah di declare sebagai "Kekasih" ini membuatkan saya terkedu, terperanjat dan terrrr segalanya. Dengan rasa ingin tahu saya tanya khabar rakan yang semakin sepi dari mengupdate FB, Sebelum ni rakan saya ini agak terbuka untuk mengupdate kisah harian, tetiba menjadi seorang yg senyap serta segala foto telah di delete. Friend list pun dia sudah hidekan. Hmpphh di situ saya seperti merasa memangg ada "something " yang sedang berlaku.. Sasaran kata hati saya kata, mungkin dia telah di kongkong bakal tunangnya, yerlahh... Salah tag, kantoii pulak kang.. huhu

Dann untuk tidak membuatkan hidupnya akan menjadi kucar kacir, saya tanyakan terang-terang tentang bila dia bakal menjadi Raja Sehari. Jawapannya mungkin lepas raya ini. Wah!!! Hmppphhh  Jadi, kalau kalian menjadi saya, adakah kalian akan senyapkan sahaja apa yang anda sudah tahu? Alhamdulillah kalau dia tahu, dan dia redho menjadi isteri kepada lelaki kasanova seperti bakal suaminya ini. Dannn bagaimana pula seandainya dia tidak tahu apa-apa? Bolehkah anda makan dan tidur dengan tenang? Apatahlagi anda telah melalui detik berkeluarga dan anda tahu onak duri yang harus anda lalui bersama dengan insan yang anda sayangi dan cintai. Sedangkan dengan orang yang menyayangi kitapun ada saat reda dan saat gelora, apatahlagi mendirikan rumahtangga bersama insan yang belum kita kenal ikhlasnya menyayangi kita. Parah..

Mengapa saya berani mengatakan lelaki ini sebagai kasanova? Tak perlulah saya terangkan panjang lebar. Maksud kasanova anda cari sahaja dalam kamus Dewan Bahasa & Pustaka. Itulah maksudnya dan itulah apa yang saya rasa.

Mencari cinta yang ikhlas amatlah payah kalau kita mencari dalam keterpaksaan, takut yang kita jumpa hanya luaran indahnya tapi di dalam busuk dan berulat serta bernanah. Berhati-hatilah wahai rakan. Hidup sahaja berseorangan seperti sebelum ini, abaikan kata-kata orang lain. Jangan hidup kerana terpaksa memenuhi kehendak orang lain. Tepuk dada, tanya hati.. Jangan tanya selera. Selera manusia ini sama sahaj dengan nafsu. kalau tanya hati, ianya datang dari Allah. Dia yang menggerakkan apa yang terlintas di hati kita. Salam wahai rakan. Aku sanga-sangat kasih dengan dirimu, andai dia yang kau pilih.

Sunday, 26 June 2011

Jiran Oh Jiran!!


Perasaan saya ni serba salah jadinya. Entahlah macammana saya nak memulakan entri sakit hati ini. Kata orang, buat apa pendam rasa hati? Buat kacau jiwa sendiri ajer. Tapi, saya manusia yang mahu mula belajar untuk menghormati perasaan orang lain. Bukanlah maksud saya ini, menyatakan yang selama ini saya tidak pernah menghormati orang lain. Cuma saya akui, saya ini manusia biasa. Banyak melakukan perkara syok sendiri yang saya rasakan tidak terniat untuk menganggu dan mengguris perasaan orang lain. Walhal, pada orang lain besar impaknya. Saya cuba perbaiki beberapa perkara itu sekarang. InsyaAllah, Cuma saya perlukan komen orang atau gerak hati dari Allah untuk saya ketahui apa yang saya lakukan mengguris sedikit perasaan orang.

Beberapa waktu kebelakangan ini, saya geram, kecewa, marah dan sangat sakit hati dengan fe’el jiran saya. Macam-macam fe’el, tapi saya boleh sabar, sebab saya selalu ingatkan pada diri saya, mungkin saya juga seperti mereka, cuma saya tak perasan. Kalau ikutkan hati, saya rasa mungkin berpindah randah kalau saya melayan sangat rasa tidak puas hati dengan orang sekeliling. Tapi InsyaAllah, selagi saya berpegang, manusia itu pelik perangainya dan pelbagai warnanya, selagi itulah saya tidak kisahkan semuanya itu.

Cuma sakit hati untuk entri ini, adalah sebab Parking kereta sesuka hati. Menyayat hati rasanya, kalau saya serang dengan sumpah seranah. Yerlah.. benda kecil begini, tak perlulah kita sebagai jiran nak tunggu hint-hint dari jiran lain. Selagi Jiran tak bunyi, selagi itulah kita letak kereta sesuka hati sehingga sangat menganggu jiran sekeliling dan orang awam lainnya.

Sedarlah wahai anda sekalian, kita hidup di dunia ini berkongsi segalanya. Bila berada dalam perkongsian, utamakan sahaja sikap bertimbang rasa. InsyaAllah, hidup kita tidak sepi dari di berkati oleh Allah.

Pandai-pandailah merasa bersalah sekiranya apa yang kita lakukan akan menyusahkan orang lain. Hidup berjiran memerlukan persefahaman dan timbang rasa. Bukannya agak-agak ok sahaja. Kalaulah anda sekalian mempunyai 2 kereta, Parkinglah satu di dalam, dan satu lagi di luar pagar yang letaknya tidak menganggu jiran sebelah untuk keluar masuk dari kawasan mereka dengan mudah. 

Tolonglah… Bukan saya tak mahu, menasihati anda sendiri, Cuma saya berhati-hati dan saya tidak mahu sebab sekecil ini akan menjadi sekam untuk kemudian hari. Saya tidak terlalu mengenali anda, jadi saya tidak tahu anda seorang yang cepat terasa hatinya atau tidak. 

Sekian luahan saya hari ini.  Rasa lega pula bila dapat meluahkan. Saya risau bila meluahkan pada jiran lain, hasilnya akan menjadi lain pula. Takut penyampaiannya menjadi salah dan apa yang di elakkan akan lebih menjadi buruk. Terima Kasih blog!

Tuesday, 14 June 2011

Bila Cinta Melebihi Sayang pada Diri

Bila kita tahu tentang mengapa kita wujud di dunia, kita akan pasrah atas apa sahaja yang berlaku. Cuma terlalu bergantung pada takdir tidak juga membantu untuk kita teruskan hidup. Kalau tanpa usaha kita akan bertemu gagal selalu. Selebihnya doa dan tawakkal adalah yang terbaik selain kita benar-benar yakin akan kekuasaan ALLAH S.W.T. Sematkan dari kecil pada diri, segalanya datang pada Allah. Sehingga mana jodoh kita, bagaimana dan bila ajal kita, Macammana rezeki kita sekarang dan akan datang, yang penting kita ada keyakinan, segalanya wujud kerana semuanya telah tertulis di sana. Cuma Usaha mendapatkan dan mengemudi segalanya itu mengikut kata hati kita sendiri sambil di gerakkan oleh Allah.

Saya nak bercerita soal jodoh sebenarnya. Jangan ada yang membaca menganggap ini adalah kisah saya. Tidak. Saya cuma nak berkongsi cerita di sekeliling kita. Mudah-mudahan mata kita terbuka dan bersedia se andainya ianya akan berlaku pada diri kita dan adik beradik kita.

Dalam tulisan saya sebelum ini saya ada bercerita tentang seorang sahabat saya, yang pada saya memang agak baik dalam menjaga hal peribadi keluarga. menyembunyikan derita dari se awal perkahwinan, menyorokkan sedikit cela yang ada pada fe'el suaminya tanpa dapat di hidu orang lain, rakan dan juga keluarganya. Saya sendiri yang agak rapat (bukan rakan sekerja saya) merasa tertipu dengan kebahagiaan mereka. Masalahnya bukanlah pukul bantai cuma masalah psikologi yang menghantui dirinya. Ketahanan mentalnya menghadapi perangai seorang lelaki yang agak tidak matang rasa saya.

Saya tahu dia sakit hati, kecewa dan duka tapi, saya menghormatinya kerana masalah berat ini tidak menganggu tugas hidup hariannya. Kejadian ini juga menaikkan semangatnya untuk lebih berdikari menghadapi segalanya. Cuma saya terkilan dan sedih, bila dia mengatakan pada saya, sampai sekarangpun, tidak ada saudara mara sebelah suaminya yang mengambil apa-apa reaksi untuk membantu menyelesaikan masalah yang berlaku ini. Menelefon bertanya khabar juga tidak. Keluhannya, bukan wang ringgit yang dia tagihkan dari keluarga suaminya, sekadar menjaga air muka dan maruah suaminya cukuplah. Tak apalah sahabat. Mungkin kebahagiaan masing-masing agak utama buat masa sekarang dari derita yang kau tanggung saat ini.

Menghadapi, suami yang tidak bekerja, nafkah zahir dan batin di abaikan, memaki hamun dan menganggap dirinya terlalu jijik di mata membuatkan saya mahu menarik dia keluar dari masalahnya. Tinggalkan sahaja lelaki yang terlalu bergantung pada isteri untuk hidup itu. Tetapi bila saya fikirkan, siapalah saya untuk menghasut dia untuk melakukan keputusan drastik. Saya hanya boleh membantu dengan mendengar segala luahan hati dengan senyap dan sesekali mencelah memberi idea yang tidak terkeluar dari kebolehan saya serta menyabarkan dia. Tapi... sampai bila saya hanya mahu menyatakan sabar padanya? Sedangkan beberapa kali terlintas perkataan bodoh untuknya. Astaghfirullah... Saya sentiasa meletakkan diri saya seperti dirinya sekarang. Saya tidak mahu mengikutkan amarah dan jijik saya dengan perlakuan lelaki seperti itu.

Kawan-kawan, seandainya kita berada di tempat dia berdiri sekarang bagaimana? Bagaimana dengan basic gaji RM1000.00 pada zaman sekarang ini boleh membantu untuk dia menyelesaikan hutang rumah, kereta dan duit persekolahan, pakai, duit jajan dan makan minum anak-anak, dirinya serta lelaki yang bergelar suami itu? Saya sedih dengan kehidupannya sekarang yang terpaksa menjual kuih dan Nasi Lemak di pagi hari sebelum dia masuk kerja pada jam 8:00 pagi. Bayangkan kesibukkan dirinya setiap hari berulang-ulang melakukan kerja yang sama. setiap hari tanpa henti. Penatnya.

Bila saya tanya kenapa semuanya ini berlaku? Dia menjawab, sebab sabarnya sudah di tahap yang amat jauh ke curam. Hampir 2, 3 tahun lelaki itu berkesedapan dan sekarang dengan ekonomi keluarga yang agak tidak berubah, dia memaksa untuk lelaki itu kembali menjadi ketua keluarga. Bahunya sudah hampir jatuh menanggung beban tanggungjawab yang sepatutnya di galas suami. Dia tidak boleh lagi, dan kerana inilah mungkin keenakkan yang selama ini lelaki itu dapatkan terganggu. Maka sebab inilah lelaki yang sebelum ini agak santun bila berkata, menjadi bengis dan berubah 100%.

Itulah yang saya kata seawal penulisan ini. ALLAH itu merancang dengan sebaiknya. Dia di berikan kebolehan menjahit, memasak kuih dan kek. Tidak semua wanita berkebolehan seperti itu. Mungkin Allah sudah tentukan pada hari ini, dia tidak boleh lagi bergantung harap pada suami yang benar-benar mahu menjauhkan diri padanya. Semua yang berlaku ini mungkin adalah permulaan untuk dia kentalkan hatinya bahawa perpisahan ini mungkin akan terjadi. Jadi.. saya faham kenapa sampai sekarang dia masih menghormati, melayan dan duduk satu rumah dengan suaminya yang terang-terang menganggap dia seperti tidak wujud lagi di hati.

Mungkin dengan cara ini ALLAH mahu dia bersedia dengan perpisahan yang bakal berlaku. ALLAH masih memanjangkan usia jodoh ini mungkin untuk membuka matanya atas apa sahaja kelakuan buruk lelaki itu, biar bila jodoh terhenti mungkin cinta dan sayang itu sedikit berkurang untuk dia kurang bersedih esok.

Wahai lelaki, Nafkah zahir batin tu wajib, memburukkan isteri di luar itu bagai membalikkan najis ke muka sendiri. Perkahwinan itu sendiri adalah untuk suami mengacu isteri ke arah kebaikkan moral. Jadi bila melebihi Sepuluh tahun perkahwinan jika ianya gagal hanya kerana sikap isteri, anda sebenarnya gagal menjadi pengemudi rumah tangga.

Wahai lelaki, Curang pada pasangan itu menyakitkan. Memaki hamun itu juga mengguriskan perasaan. Seandainya benar, tidak ada rasa sayang, ambillah hati anak-anak yang sedang membesar itu. Hormatilah anak-anak ini supaya mereka terdidik sempurna seperti  kemahuan kalian. Se andainya isterimu itu gagal pada matamu, kau sebagai lelaki tunjukkan cara yang benar supaya wanita juga akan melakukan yang sama seperti kehendakkmu. Kebaikkan yang anda lakukan wahai lelaki, kebaikkan juga yang wanita akan berikan.

Padamu sahabat. Sabar..Sabar..Sabar.. itu sahaja aku mampu ucapkan. InsyaAllah aku bermohon pada ALLAH semoga rezekiku berlebihan sedikit untuk aku membantu kau meneruskan hidup bersama anak-anak. Amiiinnnn

Friday, 10 June 2011

Dari Pasir Gudang ke Felda Sening

Hai!! Makin mudah, makin cepat dan makin meriah rasanya. Tak payah susah-susah macam dulu. Dulu-dulu, masa memula saya menjejakkan kaki ke kawasan Pasir Gudang, kalau tiba waktu nak balik ke Felda, sangat-sangat memakan masa.

Dulu masa bujang trang tang-tang saya menyewa di Taman Rinting, Masai. Tunggu bas krek kek..kekk (bas uzur benor) kadang-kadang dua jam sekali barulah bas muncul. Sampai ke kota pulak, nak kena tunggu teksi masuk ke felda pulak. Kurang-kurang pukul 6.30 petang barulah sampai ke rumah. Itupun kalau ada yang nak masuk ke felda, kalau takde. Terpaksa menunggu, naik kebas punggung. Kalau dah tengah malam pun takde jugak, maknanya terpaksalah saya cas satu teksi tu, terbanglah RM40.00. Takperlah.. menda dah lalu.

Saya ni pulak jenis malas nak merayau ke sana-sini kalaud ah sampai ke bandar Kota Tinggi. Mungkin saya sebab budak baik harhar.. perasan. Tapi memang betul, saya bukan seoarang yang suka berpeleseran. Walaupun saya ni orang Kota Tinggi, andai saya tersesat jalan, mesti saya akan jadi seorang yang blur sekejap di tengah-tengah bandar Kota yangkecik tu. Sebab tu saya rela duduk menunggu di "Stand Taxi" tu walaupun 4, 5 jam. Bayangkanlah dari pukul 1:00 petang, kadang-kadang sampai ke rumah di felda paling lewatpun pukul 8:00 malam. Macam nak balik Terengganu..

Budak-budak zaman sekarang ni bertuah betul, sejak E22 perkenalkan lebuhraya menghubungkan ke Desaru, pergh.. rasanya Setengah jam jer dah sampai dah. Cuma modal sikit lah, pergi balik mungkin RM16.00 kena cas. Tapi takperlah, niat nak bertemu Mak dan ayah masing-masing, mana tahu ALLAH gandakan rezeki tu kerana niat yang baikkan.

Jadi Bersyukurlah orang-orang muda sekarang, kemudahan sentiasa di hadapan mata, yang ada kenderaan tu, kerap-kerapkan  memeriahkan kesunyian Mak dan Ayah memasing. Kalau yang masih ada kedua-duanya, anda beruntung Ya Amat. Ziarahlah selalu selagi mereka masih ada.

Terima Kasih E22, saya pengguna setia anda lepas ni. Petang ni nak balik ke felda. Tunggu saya Mak!