Monday, 28 November 2011

Bebanan Hutang - Nasib si Pemberi


Salam Ukhuwah.. Salam Ceria..
Bila saya ceria saya ketawa, Saya bersyukur.. dan bila saya berada di dalam duka saya bercerita...
Kali ini saya nak meluahkan kisah saya sepanjang saya mula menginjak zaman bekerja. Sebenarnya ada sesuatu yang berlaku lately yang membuatkan saya rangkumkan kisah Hutang kali ini. Saya sentiasa menjadi orang yang "terkena". Nak kata saya ini tidak berhati-hati. Yer mungkin. Sebab saya selalu percaya pada kawan. Saya selalu ingatkan pada diri saya rezeki yang ada pada saya bukan hanya untuk diri saya. Walaupun satu sen kalau ALLAH kata that's not yours ila.. Yer.. saya akan mencuba untuk ikhlaskan hati. Tapi yerlah saya ini cuma manusia biasa, yang degil dan ungkal untuk muhasabah diri. Diri saya tidak sempurna untuk menerima sebarang ujian. Tetapi biasanya bila saya rasa amarah, masa tulah saya akan mengeluh kesah. Setengah jam kemudian bila semuanya normal, saya baru terasa ruginya saya mengeluh kesah... Pahala untuk saya yang ALLAH dah sediakan berkurang pula jadinya.

Begini ceritanya dulu, saya ada kawan yang berada dalam keadaan tertekan. masalah rumahtangga (saya sering di kelilingi oleh orang yg bermasalah rumah tangga, baru saya perasan haha) dengan raya yang sudah hampir, anak-anak tak berbaju baru lagi, kereta dan rumah yang berbulan tak berbayar. Saya waktu itu ada rezeki lebih, saya pula tidak keberatan untuk menolong andainya dia perlukan bantuan. Tapi untuk memberi tidaklah!! Kalau mereka nak pinjam. InsyaAllah, bahagian untuk dia ada.

Sudahnya saya berikan RM3000.00. Saya katakan padanya, anggap sahaja pinjaman ini tidak ada had masa untuk dia bayar yang penting setiap bulan dia perlu lunaskan pada saya. Walaupun dia mampu RM10.00 pun sebulan saya akan terima. tetapi kalau masa bonus tu tolonglah lebihkan bayarannya. Itu timbang rasa saya padanya. 3 bulan berlalu, satu hari ada rakan sekerja lain bertanya pada saya. "Ila, awak ada pinjam "Y" duit RM3000.00 ker? Dia bising-bising awak tak bayar duit dia."

Eh!! Saya terkejut dan tiba-tiba saya amnesia dengan pertanyaan tu. sampaikan saya terdiam dan ambil masa untuk fikir balik. Sebenarnya siapa yang pinjam duit siapa ni? Saya atau dia? Kalau anda apa yang anda rasa? Duit yang di pinjam sudahpun di pulangkan dalam jangkamasa yang panjang juga. Makan tahun kata orang. Saya ada bertanya kenapa dia buat cerita yang begini? Saya tidak pernah bercerita dengan orang lain saya memberi dia pinjam wang saya kenapa harus memanipulasi cerita sampai begini? Sampai sekarang saya tak tahu puncanya. Saya biarkan.

Ini cerita kedua saya dengan rakan yang lain pula. Dia menjual produk batu yang ada pancuran air. Tak mahal hanya RM50.00. Saya sudah berikan dia wang dan sampai sekarang barang dan duit tu masih tidak saya dapat lagi. 3 tahun lepas saya ada hantarkan kain ela untuk di buat baju kurung. Sampai sekarang ini sudah 2011 bayang kain serta baju contoh yang saya beri tidak sampai-sampai ke tangan saya. Kalau anda kata mintalah... saya rasa hampir 2 perigi air liur saya ingatkan dia, namun alasannya, "ada..ada.. nanti kena cari kat rumah" hmpphhh. Baru-baru ini orang yang sama ini juga membuatkan saya makin stress. Duit kutipan Deptnya untuk rakan yang melangsungkan perkahwinan tidak sampai lagi ke tangan saya. Sedangkan saya sudah dahulukan dengan duit saya. Oh!!! ianya berlaku lagi..

Sebelum ini saya ada pinjam novel miliknya. Saya belum pulang-pulang lagi. Jenuh dia minta buku itu untuk di pulangkan, namun saya biarkan macammana dia asyik membiarkan segala barang saya yang saya tuntut untuk di pulangkan kepada saya. Adil tak? Ke saya pun macam dia juga? Apa pendapat anda?

Dan cerita ketiga saya, makin menyesakkan dada saya. Kali ini ada Catering Service yang berhutang resit dengan saya. Company saya (saya kuli ajer hehe) ada mengadakan majlis dan saya di tugaskan untuk mencari Katering. Oleh kerana Majlis ini di buat secara tergesa-gesa (Jangkasamanya amat singkat) saya kontek Jiran saya (Ibunya memang buat Katering Service) Nak di jadikan cerita, ayam yang di hidang hari tu ada yang busuk. Jadi masa dia nak ambil baki cek tu saya maklumkan padanya ada yang mengadu ayam busuk. Pada mulanya dia kata Ok jer, merendah diri. Saya dan AJK lain pun tidak terlalu kisah. Masalah kecil pada saya, sebab majlis dah selesai. Kami sebagai AJK hanya memberi maklumbalas, bukan untuk menjatuhkan kredibiliti Syarikatnya. Langsung tidak terniat di hati saya yang kes ini akan membuatkan mereka berkecil hati. Sebenarnya mereka ada menghantar 2 sms yang memaki hamun dan marah saya. Tapi saya tidak terlalu ambil hati. Saya juga tidak mengadu pada sesiap. saya hanya mengadu pada anda semua di sini. hehe

Hak untuk marah adalah hak masing-masing.  Saya bukanlah orang yang suka melayan amarah orang. Saya balas dengan kata-kata yang lembut sahaja dan kata-kata yang sangat merendah hati. last-last sekarang sudah nak masuk minggu ke2 selepas majlis tu, resit RM3000.00 (baki payment) tak di hantar-hantar. Silapnya masa di beri duit tu, budak Finance yang membayar pun menerima alasan dia resit tak di bawa bersama. Lupa katanya. Arghhh!! Jadi apa-apa hal sayalah yang kena tanggung. Saya tak faham kenapa ada orang sebegini di dunia.

Terimalah kritikan bila anda mahu kejayaan mengiringi. Macam Bos saya, Macam-macam dia kena dengan orang atasan, tapi dia maintain cool sampai sekarang. Lepas ni saya nak kisahkan pula nasib malang yang di hadapi oleh klik sepejabat saya. Kasihan mereka. Saya andaikan mereka ini di babitkan dalam "White Collar Conspiration"

Thursday, 17 November 2011

MINTA MAAF

Assalamualaikum Wahai Insan

Maafkan saya,
Andai ada terkasar bahasa,
Terkecil hati tanpa saya sedari,

Izinkan saya untuk menagih kemaafan kepada semua yang saya kenali.
MAAF..MAAF dan MAAF.. Terlalu banyak kekhilafan diri,
Kepada ALLAH apatah lagi, kepada kita sesama insan,

ALLAH.. ALLAH.. LAILAHAILLALLAH...Hanya Kau Yang aku Sembah, Ya ALLAH..
Lindungi aku Ya ALLAH..

Terima Kasih atas segala pemberianmu, Amiin

Filem Al-Hijab



Assalamualaikum,
Semalam Ahad yang sangat tidak selesa pada saya. Sakit kepala yang selalu saya rasai kalau waktu tidur saya terkurang dari biasa.hmppphhh lemah betullah. Tapi tak mengapalah, Sakit tu kan kifarah dosa. Belajar untuk ikhlas menerima suatu penyakit.. heheh (dah mengeluh baru sedar... saya manusia kurang sempurna..)

Okey, Semalam oleh kerana sakit kepala yang melanda, saya upah anak-anak saya yang sangat baik hati tu semua untuk tolong idaikan kain jemuran yang menanti. Selesai kerja mereka, saya langgankan filem Al-Hijab untuk mereka tonton bersama-sama. Kebetulan Encik Suami pun tak bekerja semalam, maka berlengkarllah masing-masing di port masing-masing. Saya? saya tidur di bilik seorang diri melayan kesakitan yang melanda sambil saya pasangkan MP3 Yassin berulang kali.

Jam 5:00 petang, saya menonton keseorangan tatkala semua yang kepenatan berdengkur berjemaah di hadapan Televisyen yang terpasang. Dari awal cerita ini saya sudah merasai filem ini tersangatlah hancur dan meluluhkan perasaan yang mengharapkan ianya hasil terbaik dari seorang yang agak menyayangi industri perfileman. Dengan adegan yang kelam kabut, adegan syok sendiri, adegan perasan seram, adegan selamba yang tak menjadi. Segala-galanya menjadikan saya agak kurang bersabar. Bukan saya ini berkira-kira dengan mahukan filem yang berunsur terlalu nyata. Tidak! Tapi saya mengharapkan jangan ada sedikit pembziran duit pun berlaku sehingga filem yang di hasilkan cacat sepenuhnya. Sayanglah!!!

Setakat ini Pierre Andre seringkali membuatkan saya terkilan dengan hasilnya, Sesuatu yang boleh di jadikan dan di angkat terbaik sangat-sangat menghampakan. Bila di tenung dan di renung, sebelum filem ini di mulakan kerjanya, tidak ada ilmukah mereka ini tentang apa itu hijab? Dangkal dan bodoh sangatkah mereka ini tentang Hijab? Apa motifnya tentang scene di perpustakaan dan scene Pierre menelaah internet tetapi ertikata, maksud dan makna Hijab yang terbuka itu tidak di perluaskan sepenuhnya?

Tidakkah sebagai orang filem dia patut tahu, di sekeliling kita ini wujudnya makhluk lain yang berkongsi kediaman dengan kita? Roh gentayangan ada di mana-mana, Roh yang masih tidak di angkat ke tempat sepatutnya masih ter gantung di antara bumi dan langit. Ilmu dan amal semasa hidup ini yang membuatkan roh-roh itu ada di sudut dunia. Ni karang ada yang tidak pernah percaya soal alam mistik akan mengatakan saya ini suka berkhayal. hehe.. tidak mengapalah, manusia itu akalnya walaupun sangat bijak, tetapi kepercayaan yang ada di segenap hati kita tidak sama. Abaikanlah.

Lagi satu saya sangat ingin berpesan pada penggiat filem, Bila ada duit, bila ada sponsor, bila sudah ada penerbit, tolong-tolonglah berusaha untuk lari dari kebiasaan. Carilah sesuatu yang nampak sangat matang bila mahu menghasilkan filem. Saya tidak mengharapkan cerita-cerita seperti hasil dari Arwah Yasmin, atau Erma Fatima atau Shuhaimi Baba yang menggarap sesebuah cerita menjadi filem yang sarat dan serius. Bukan!! Saya sendiri sangat mengantuk bila di hidang cerita-cerita sebegitu. Tapi saya mahukan cerita seperti yang David Teoh keluarkan, Santai tetapi isinya tidak seperti asal ada. Bila nama David Teoh saya keluarkan, itu hanya contoh aje, saya takdelah mengiktiraf hasil yang dia keluarkan terbaik dan terbagus, sama sekali tidak.

Saya cuma mahukan biar filem itu keluar dengan cerita, dan aksi yang sepatutnya. Kalau nak keluarkan cerita seram, biar dari awal hingga akhir, scenenya membantu watak, bukan watak yang membantu hasil seram itu. Maksud senang saya, saya sebagai penonton tidak mahu dan taknak tengok memek muka sangat. Itu umpama melihat teater di atas pentas. Kenapa suka fokus muka pelakon? Mata melingas, dengan mulut herot berot, mata ke atas siling rumah, kalau kat hutan, melingas ke atas ke bawah. Dah tahu takut, rela ker nak mencari hantu? Dah tahu takut duduk diam-diamkan bagus. Lebihkanlah penceritaan.

Itu sahajalah setakat ini

Friday, 28 October 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah.. Alhamdulillah dan Alhamdulillah.. Sebanyak-banyaknya saya memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada ALLAH Yang Maha Besar. Sungguh memang sungguh dia Maha mendengar. Dia tidak putus asa memberi walaupun balasan dari saya ini bukan sahaja sedikit, mungkin tiada. Subhanallah.

Rakan Seislam saya yang di rahmati, andai hijab hati terbuka pada keindahan dan kebenaran, anda akan merasakan sesuatu yang sangat indah di dalam hati. Benarlah dunia ini anda akan letakkan yang ke-2 selepas NYA. Besar rahmatnya pada saya. Hati ini rasa tenang, sentiasa mahu mengejar waktu yang 5 itu. Keseronokkan itu membuatkan saya tidak mahu berhenti 2, 3 ataupun 4 rakaat itu. Kekusyukkan itu menjadi seronok bila kita hayati setiap bacaan di dalam Solat. Rasa rindu itu terbit setiap kali kita teringat akannya.

InsyaAllah, rakan-rakan sekalian, saya sentiasa berdoa, anda yang terapat mahupun Muslimin dan Muslimat di luar sana dapat merasa getaran yang saya sedang rasakan ini. Amin Ya Allah Amin. Kawan-kawan sekalian, jangan putuskan Zikir dari dalam hati di setiap saat nafas kita. Iktikadlah supaya setiap zikir itu akan membunuh Syaitan yang beraja di setiap urat darah kita. Bunuhlah ia supaya Takwa itu ada, sabar itu  menjelma. Maka Senyum gembira dan rasa puas itu akan datang sendiri.


Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rohim, tempatkan aku disisimu, cintai dan kasihi aku seperti kau mengasihi Nabi Muhammad SAW, para Anbiya dan Muslimin serta Muslimat. Berikan aku tempat di sisimu. Sesungguhnya rindu ini membuak-buak mahu dekat padamu.

Monday, 17 October 2011

Facebook Melalaikan Saya

Satu hari saya belek-belek Harian Metro. Saya terpikat untuk terus membaca artikel tentang artis Tiz Zaqyah yang lebih kurang sama dengan tajuk Post saya kali ini. Dia kata Tweeter melalaikan hidup dia. Pada masa yang sama apa sahaja yang dia tuliskan kadang kala orang lain akan maksudkan lain dari apa yang dia ingin sampaikan. Lagi satu Tweeter membuatkan dia ketagih untuk update apa sahaja tentang apa yang dia lakukan seharian.

Selepas saya membaca, saya mencuba untuk merenung kembali diri saya. Yer!! saya taksub dan sudah mencapai ketagihan untuk ber FB. Saya tidaklah terlalu galak untuk menempel pelbagai aksi dan muka, tetapi saya ketagihan untuk menyampaikan isi hati melalui FB. Saya juga secara tiba-tiba merasa mungkin apa yang saya bebelkan di FB saya sebelum ini banyak mengguris perasaan kawan-kawan, kerana saya sebagai manusia menulis dari isi hati saya dengan tentang diri saya, jadi saya tak terfikir langsung apa yang saya tuliskan akan menjadi maksud yang lain bagi orang lain. Jadi saya terus bertekad untuk berhenti ber FB pada hari esoknya saya membaca kisah Tiz Zaqyah itu. Saya sudahpun deactivated akaun FB saya.

Sekarang!! saya menyesal kerana membuat keputusan itu. Bukan menyesal kerana deactivated tu, tetapi saya menyesal sebelum saya buat keputusan itu, saya lupa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kawan-kawan saya yang berada di akaun saya. Tak mengapalah. Saya anggap pertalian persahabatan ini akan terjalin walaupun saya sudah tiada lagi di FB anda semua wahai rakan.

Saya bersyukur, ALLAh tak melupakan saya walaupun saya tahu sebagai manusia saya sentiasa mengelat. Ya ALLAH.. Aku malu kepadamu, kerana kau sentiasa mendengarkan doaku, tetapi aku...hmpphh

Wednesday, 12 October 2011

Bila Cinta Melebihi Sayang pada Diri 1

Apa yang perlu di rahsiakan sekiranya pengakhiran jodoh hanya setakat itu? Adakah malu yang menjadikan manusia ini terpaksa merengkek membawa perasaan yang tidak gembira sepanjang masa? Hidup seperti apakah itu?

Saya tidak sanggup hidup yang sebegitu. Sebagai manusia biarkan apa sahaja pandangan orang pada kita. TETAPIII... jangan kita buat endah tak endah dengan semua pandangan orang. Pandangan yang boleh memperelokkan diri kita tidak seharusnya kita perlekehkan. Bersedialah untuk menerima walaupun pahit. Kita manusia, ada sahaja lawan baiknya pada diri kita semua. Amatilah dengan tenang tentang itu. Tidak ada satu manusia pun yang ALLAH jadikan sangat sempurna melainkan ALLAH catatan dalam Al Quran, iaiutu nabi Muhamamd SAW. Jadi.. terimalah hakikat.

Sebaik manapun kita berharap jodoh kita panjang, Sebaik manapun layanan yang di berikan kepada Suamu dan sebaik manapun kita menjadi seorang wanita, terimalah hakikat, yang mengatur kehidupan kita itu ALLAH. Baik bersebab, buruk juga bermatlamat.

Wahai kawan, sudah-sudahlah menipu diri sendiri, sudah-sudahlah menyeksa diri dan sudah-sudahlah menyusahkan diri untuk suami yang langsung tidak mahukan dirimu lagi. Janganlah terlalu menjadi perempuan yang asyik menyorong dan menambah sebal di hati lelaki yang dulunya sangat menyintaimu dan kini sangat -sangat ingin menjauhi mu.

Terimalah hakikat kawan, hidup tak seindah apa yang kita mahukan. InsyaAllah, apa yang ada pada aku, aku akan cuba menjaga sebaiknya, tapi kalau ALLAH juga mahu nasibku sama seperti mu, InsyaALLAH.. aku akan cuba mengeraskan hati untuk menerima dengan redho. Segala-galanya urusan ALLAH. Kita hanya menumpang hidup dan bernafas di sini.

Untukmu kawan, Aku doakan, hidupmu akan lebih terurus selepas ini. Cubalah, walau pahit

Saturday, 23 July 2011

Kisah Bakal Tunang yang Curang Pulakk..

Macam-macam hal sekarang ni. Saya kadang-kadang berasa pelik, tapi apalah yang nak di pelikkan sangat yer, dah namanya manusia. pelbagai citarasa dan sikap. ALLAH sertakan nafsu yang pelbagai pada manusia. Yang penting manusia tu sendiri kena pandai mengawal nafsunya. Sebab itu ALLAH SWT dah janjikan pada kita manusia ni, kalau kau (manusia) ingat akan daku (ALLH SWT) makanya, dia juga bermurah hati untuk memberi, menolong dan menjaga kita (manusia)

Yer, saya mulakan kisah di paparan yang saya biarkan sepi dek kerana malas yang melanda. Tak mengapa coretan ini hanya sekadar luahan saya sendiri, maka tak perlulah saya tergesa-gesa untuk menampal setiap hari di sini. kepada anda yang sesekali terjumpa paparan blog saya ini, maaf, blog ini hanya sekadar mmenuhi ruang untuk saya meluahkan yang tidak terluah.

Sebelum ini saya coretkan kisah rakan saya yang sedang bergelodak rumah tangganya, dan sekarang ini pula saya paparkan kisah rakan saya yang baru sahaja selesai majlis tunangnya minggu lepas, namun belang bakal suami telah dapat saya hidu akibat kemodenan arus Facebook yang ada sekarang ini. Positif sungguh kalau bab ni FB yer.. hehe

Satu kisah hidup seseorang yang sudi berkongsi gambar dan mentagging gambar bersama insan yang sudah di declare sebagai "Kekasih" ini membuatkan saya terkedu, terperanjat dan terrrr segalanya. Dengan rasa ingin tahu saya tanya khabar rakan yang semakin sepi dari mengupdate FB, Sebelum ni rakan saya ini agak terbuka untuk mengupdate kisah harian, tetiba menjadi seorang yg senyap serta segala foto telah di delete. Friend list pun dia sudah hidekan. Hmpphh di situ saya seperti merasa memangg ada "something " yang sedang berlaku.. Sasaran kata hati saya kata, mungkin dia telah di kongkong bakal tunangnya, yerlahh... Salah tag, kantoii pulak kang.. huhu

Dann untuk tidak membuatkan hidupnya akan menjadi kucar kacir, saya tanyakan terang-terang tentang bila dia bakal menjadi Raja Sehari. Jawapannya mungkin lepas raya ini. Wah!!! Hmppphhh  Jadi, kalau kalian menjadi saya, adakah kalian akan senyapkan sahaja apa yang anda sudah tahu? Alhamdulillah kalau dia tahu, dan dia redho menjadi isteri kepada lelaki kasanova seperti bakal suaminya ini. Dannn bagaimana pula seandainya dia tidak tahu apa-apa? Bolehkah anda makan dan tidur dengan tenang? Apatahlagi anda telah melalui detik berkeluarga dan anda tahu onak duri yang harus anda lalui bersama dengan insan yang anda sayangi dan cintai. Sedangkan dengan orang yang menyayangi kitapun ada saat reda dan saat gelora, apatahlagi mendirikan rumahtangga bersama insan yang belum kita kenal ikhlasnya menyayangi kita. Parah..

Mengapa saya berani mengatakan lelaki ini sebagai kasanova? Tak perlulah saya terangkan panjang lebar. Maksud kasanova anda cari sahaja dalam kamus Dewan Bahasa & Pustaka. Itulah maksudnya dan itulah apa yang saya rasa.

Mencari cinta yang ikhlas amatlah payah kalau kita mencari dalam keterpaksaan, takut yang kita jumpa hanya luaran indahnya tapi di dalam busuk dan berulat serta bernanah. Berhati-hatilah wahai rakan. Hidup sahaja berseorangan seperti sebelum ini, abaikan kata-kata orang lain. Jangan hidup kerana terpaksa memenuhi kehendak orang lain. Tepuk dada, tanya hati.. Jangan tanya selera. Selera manusia ini sama sahaj dengan nafsu. kalau tanya hati, ianya datang dari Allah. Dia yang menggerakkan apa yang terlintas di hati kita. Salam wahai rakan. Aku sanga-sangat kasih dengan dirimu, andai dia yang kau pilih.