Wednesday, 11 May 2011

Asam Pedas Ikan Mayong

Asam Pedas ni semalam saya masak. Hari ni baru nak masuk dalam diari Masak saya ni. Malam tadi pulak dapur rumah tak berasap langsung. Balik dari kerja petang semalam, saya terbaring jer. Sakit Kepala. Aduhhh. Kenapa? Panas sangat? Tak juga. Penyakit wanita bersiri datang, tu yang menenyeh minyak cap kapak sampai ke malam. Maghrib pun saya langgar jer, tak larat nak bangun. Nasib baik si kecik tu jenis rajin bawak diri sendiri.

Agak-agak macam memang tak larat nak ke dapur, cepat-cepat saya sms en suami, suruh beli jerlah apa-apa kat luar. Balik-balik dia bawak Murtabak daaa... Pukul 10:00 malam ambil si Sulong dari Tiusyen, terus anak dan ayah makan di luar. Saya? Memang tak makan pun. Tak larat nak makan. Lagipun malam memang susah sikit nak masuk makanan. Tapi... badan adehhhh berat gakk.. Hairan!! harirannn!!

Banyak betul celoteh.. Jom tengok gamborr jerrr..


Ikan Masam Manis

Salam Pagi yang Ceria.

Uishhh Panas betul 2, 3 hari ni. Tapi Alhamdulillah, pagi ni sangaatttt sedap cuaca. Okey saya tak ingat dah saya masak lauk ni bila. Seronok pulak tengok anak-anak dan suami makan. Laju jer, menambah-nambah semua. Saya pulak, tukang tengok jerlah mereka semua menjamu selera. Sebab apa? diet? tak lah. Petang tu dah makan karipap. kenyang sampai ke malam nih. Tak boleh nak meno"pup" dah perut ni.

Tak apalah tukang tambah nasi, dan tambah air jerlah. Cam Bibik. hehe


Tuesday, 10 May 2011

Hormati & Sayangi aku.. Itu sudah Cukup..

Wahai anak-anakku yang amat ku Kasihi dan ku Cintai. Cukuplah sekadar kalian Menyintai, Menyanjungi, Menyayangi serta Menghormati keberadaan aku.. IBU... yang melahirkan kalian ke dunia ini.

Sedaya upaya tidak akan ku pinta kalian membalas dengan harta, cukup dengan Kasih Sayang se Ikhlas hati untuk hari tua ku esok... 

Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.

Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
[Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24]

"Barangsiapa di kalangan kaum muslimin yang menyerupai atau meniru perbuatan-perbuatan orang kafir,maka dia dikalangan mereka( orang-orang kafir)." (HR. Abu Daud,Al-Baihaqi,Ibnu Majah,Ahmad dan Ad-Daruquthni)

"Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya. " (TMQ. at-Taubah[9]:33 )

Anak-anakku sekalian, Lupakan tentang wujudnya Hari Istimewa untuk meraikan aku, kerana aku mengharapkan hari-hari setiap detik nafas ini, kalian mengingati bahawa aku begitu istimewa di mata kalian.

Terima Kasih kerana setiap keistimewaan yang ada pada kalian membuatkan aku dan ayahmu meniti hari dalam kegembiraan tanpa rasa curiga.. Amiiinnnn

Monday, 9 May 2011

Taugeh Goreng bertauhu


Kan Taugeh dan Tauhu ni geng baik. memang sesuai mereka ni di gandingkan..Kata orang, Macam irama dan lagu.

Bendi Goreng


Dah lama tak makan Sayur bendi, Jom makan jom!!

Sunday, 8 May 2011

Ikan Masak Kicap

Siapa yang tak reti masak? Angkat tangan.... Lauk ni sangat sesuai untuk mereka-mereka yang kurang mahir memasak. hehe.. Tak caya, cuba buat. makan dengan nasi panas... perghhh.. Dia punya blurrrbbb tuuu....  kuatttt . Sila..sila jamu mata yer

Sambal Goreng Jawa



Malam tadi kami sekeluarga melepak kat Kipmart Masai (baru dan besar serta luassss sangattt) tapi sayang ATM hanya ada satu..Bank Rakyat jer... Adehhh.. Maka ada ler peristiwa yang menyakitkan hati berlaku. Konon-kononnya nak belanja barang dapur ler. masuk sahaja ke Kipmart, en suami arahkan (cehhhh cam CEO bunyinya) ambilkan duit di ATM. En Suami lak masukkan RM singgit dalam kerusi urut. pergghhh

Saya pun dengan terkedek-kedek pergi ler ke ATM, Allahhhh... jolok kad tak boleh masuk. macam ada tersekat ajer kat lubang masuk kad tu.

En Suami pulak datang "Kenapa"?
"Tak bolehlah bang"...
"Hmppp, kalau macam tu, makan jerlah. Malas pulak nak keluar balik. Leceh. Saya pulak, kalau saya tak rasa nak beli apa-apa, saya memang tak bawak beg tangan. Maka.... nak beli Pampers dan Susu si baby (2 tahun setengah dahhh) terpaksa ler beli kedai lain kang. Untuk barang basah rasanya lepaslah... hmppphhh 2 kali kerja daaaa...

Tu malam tadi punya cerita, Pagi ni (Ahad) untuk sarapan, saya masak Sambal Goreng Jawa, feberet anak-anak ni, Saya kalau masak lauk ni, lebih kurang satu kuali besar hanya untuk kami sekeluarga. Percaya tak? memang tu ler realitinya. Kalau saya masak sikit, harus bergaduh atas meja makan. sebab apa?

Sebab Sambal Goreng Jawa ni, anak-anak dari yang sulung, sehinggalah yang nombor tiga (umur 6 tahun) bawa seorang semangkuk meratah depan TV. Dannnn penyakit ni dah turun sikit-sikit pada yang umur 2 tahun setengah ni. ada ciri-ciri mengikut ni. Lauk ni dah ler saya guna hirisan lada cili, campur pulak dengan lada blender. Seram juga, nak bagi si kecik ni meratah. Tapi tak di bagi dia punya meraung mak aihhh.. Last-last dia punya kena gaulkan dengan nasi yang di warnakan pulak dengan kicap.. hehe

Okey bagi tu, saya buat Sambal Goreng Jawa, Lontong dan sambal Tumis. Sampai ler ke petang. Ahad, tak kemana-mana, Semuanya malas nak berjalan. Untung gak dapat anak-anak yang tak meroyan ajak berjalan hehe... Alhamdulillah..

Kangkung Goreng Pedas





Kesian anak Sulung saya, tiba-tiba demam pulak dia. Sepatutnya Sabtu lepas sekolah ganti untuk cuti Deepavali. Tapi kesian pulak saya tengok, dia berselimut tidur dengan dahi yang ditutup dengan tuala kecil yang basah. Mungkin penat sangat agaknya. Kemungkinan stress sebab nak turunkan berat badan pun ia agaknya.

Dia kerisauan bila saya cakap badan dia dah nampak berisi. Saya selalu ingatkan dia, then tak lepas tali skipping di tangan. Asyik nak meloncat jer, nak bagi berat badan turun. Kelakar pulak. Jadi akan update dengan saya bila dia berjaya turunkan kg. letih jugakla nak mendengar berita yang menggembirakan dia tu. Tapi tahan jerlah. Kita yang mulakan Psyco, kena tahanlah yerkkk.

Jadi oleh kerana dalam rumah ni ada yang sedang sakit, saya pun dengan senang dan hati yang amat suka, saya gorenglah kangkung ni, dan yang lebih bestnya, saya masak bubur nasi jer. Mudah kan. Tak perlu ler saya masak lelebih di hari sabtu nan indah ni. Sampai ke petang, ayah dia pulak bagi sms "la.. petang ni kita keluar eh"

Wah!! time baca sms tu, macam nak jerit kegembiraan. Sebab apa? malam tak payah memasak gerenti makan luar punya...hahaha jahat.. jahat...

Singgang Ikan Selayang





Lauk kegemaran saya. saya memang gemar sangat makan lauk yang ada rasa masam-masam ni. Oh yer, untuk pengetahuan, saya tak berapa gemar gunakan asam jawa dalam masakan. kenapa eh? Entah sebab saya rasa masakan saya pahit kot. lagi-lagi bila saya masak asam pedas, tak mengancam betul rasanya.

Kalau saya berbelanja pun, mesti saya beli asam keping jer. Lagipun senang, main campak jer, jimat pun jimat. Lagilah kalau yang jenis jarang masak yang berat-berat macam saya ni. Tengok lauk-pauk yang ada dalam simpanan saya ni pun boleh agakkan. Saya ni tak macam hana, Che Mat (sekadar dua nama dari jutaan blogger masakan) yang masak masakkan yang hebat-hebat. Mereka, bukan ajer lauk, segala jenis kuih, roti, western pun dah tahap Pro punya.

Saya pulak... masak untuk anak-anak dah ler, time nak makan yang best-best, beriyani ker, Western ker, hah.... wajiblah keluar dari kawasan dapur rumah nampaknya... hehe...

Sate Ayam






Sate Ayam ni, asalnya melepak dengan lidi dia. Tapi saya punyalah malas nak membakar dalam oven. Saya tarik satu-persatu dan amek kuali, bukak api kecilll, Sreng-Srengg.... Maka jadiler macam ayam goreng kunyit rupa dia. Yang ni pun bukannya saya yang buat. Bertuahler kalau saya rajin nak buat sate. hihi

Kawan saya balik kampung sebelum ni, dia berparti Sate. Apalagi, saya dengan tak malunya mintak yang mentah. Erkkk kenyang, sedap. Ayah dia buat sendiri ni. Rezeki kami ni, Alhamdulillah...

Pajeri Terung

Wah!! dah lama tak beli terung. Sampai saya dah lupa anak-anak suka ke tidak makan terung. hmpphhh... suka rupanya mereka. Itupun kalau saya masak yang merah-merah macamni. Kalau saya hiris bawang, lada.. bertuahlah anak-anak nak sentuh.

Terung ni fresh dari tanah ni. Kawan saya hantar, kira rezeki saya ler ni. Alhamdulillah. Ok jom tengok jerlah. kalau anda tertanya-tanya, asyik gambar jer, resepi tak ada ker? hehe, bukan apa, ni kira diari memasak saya ler nih. Jadi kang bila bosan-bosan tak ada idea, atau bulan puasa, boleh ler saya belek balik ni. Masakan yang ringkas-ringkas macamni, memang sesuai untuk waktu sahur. Jadi... anda pun, kalau tak reti nak masak apa, belek-belek diari saya meh...


Friday, 6 May 2011

Ayam Masak Merah





Selasa lepas, pagi-pagi sebelum nak pergi kerja. Saya termenung depan peti sejuk. Nak masak apa untuk budak-budak ni. Adehhh.. aksi biasa saya, kalau tak ada mood nak memasak.. hehe tak baik betulll. Saya belek, tengok ada ayam 4 ketul. hah sedang eloklah, seorang dapat dua ketul.

Setelah fikir punya lama, makanya saya tumis lada, serai semua... Jadilah Ayam Masak merah yang serba last minit ni. Saya tahu, mesti si dara dan si hero tu, akan terbuntang biji matanya bila tengok lauk ni bila balik sekolah tengahari karang.

Bukan apa, sebab dah lama saya tak masak merah. Asyik masak kicap jer (sebab mudah). Saya masak 4 pot nasi (ukuran rice cooker punya) Petang tu, saya balik, tinggal sepiring kecil jer nasi. Saya dah cakap dah... Kalau saya masak 2 pot pagi tu, mesti petang tu saya kena sound .. hihi

Sayur Sawi batang putih

Hahaha, asal boleh jer saya letak nama sayur nikan!!. Ini sayur kesukaan saya, sebab kalau makan tu krak..krukkk bunyi dia. Sedap. apa eh, orang kata nama sayur ni? Takper.. Janji sedap.

Kalau sesiap yang tengok sayur ni , mesti seramkan tengok lada cili yang banyak tu? Memang macam tu ler kat rumah saya ni, Semuanya peminat pedas, Yang umur 2 tahun tu pun pandai. Dia tak layan sangat lauk-pauk yang takde rasa pedas. Tapi kadang-kadang kesian pulak, tergaru-garu makan. Menanbah pulak tu kalau makan pedas-pedas. hmppp kemana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi? Yer Tak?


Nenas Asam Pedas


Siapa pernah masak lauk ni? Sila angkat tangan. Lauk pauk yang saya masak ni kengkadang berulang jer. Maklumlah, saya ni bekerja, lauk yang paling mudah dan anak-anak suka, tulah yang akan di ulang masak. Biasanya, bila saya beli nenas, budak-budak dah dapat agak dah, nak masak apa. Kalau tak Tumis air, Pajeri, kalau tak mesti masak asam pedas ni.

Ada orang bila masak asam pedas, mesti letak ikan atau ayamkan. Saya tak.Sebab takut rasa nenas tu hilang, hehe . Mananya.. takdelah, sebab, kalau saya letak ikan, anak-anak makan sambil mengasingkan tulang ikan. Kesian lak.

Jadi, saya biasanya masak macam ala-ala asam pedas ni, then goreng ikan atau ayam jer.. Cukup!!

Nasi Ayam


Amboiii rajin pulak saya mewarnakan nasi ayam ni. Entah ler mana tah datangnya semangat memasak ni tetiba. Almaklumlah duduk rumah.. Cuti hari buruh, kami sekeluarga tak kemana-mana. Duduk rumah jer. Penat nak berjalan. Budak-budak pun macam tak kisah pulak, tak menyebut nak berjalan.

Ada juga hati nak meronda-ronda mana-manalah tahu kalau anak-anak bunyi, bosan ker apa. Tapi nampaknya semua sedap bermalas-malasan kat rumah. Cuaca pulak sejuk, kejap macam nak hujan, kejap mendung. Cantik arr. Kena pulak sekarang ni Astro ada Chanel Astro First.. hmmppp berwayang ler kita orang kat rumah.

Ok, citer plak pasal Nasi ayam ni, dengan tak ada daun salad, tak ada stok lada cili besar. Jadi dengan rajinnya saya merendam lada kering, dan ketang-ketung tumbuk pakai lesung batu. Buat sambal sos dia. Ayam pulak, saya tumbukkan halia, kunyit, bwg putih dan ketumbar... Perghhh rasa dia macam ayam penyet ada, cam ayam percik pun ada. Sedap..

Malas nak menggoreng lama, saya sumbat dalam oven, 40 minit. Keluar dari oven saya sreeengggg dlm kuali, biar ayam dia nampak gagah sikit. Nasi tu pulak, saya sajer gatal-gatal nak letak warna, Ingatkan nak letak hijau dan kuning, kuning takdelah pulak... Takperlah... Habisss sudaaaa...

Kek Ireen



Sebagai kenang-kenangan, kebetulan ada lagiii gambar kek harijadi Ireen masa dia nak menyambut umur baru. Tahun 2009 ni, dah lama. Masa ni dia belum masuk sekolah pun lagi, tahun 2009. Saya menempah dengan Kak Lestari kehidupanku ni. Pinky-Pinky lagiiii.  Melayan Ireen yang minatkan pink. Layan gambar ni eh...

Sekarang, budak paling montel ni dah berumur 6 tahun dah. Kuat merajuk, Sekarang ni pun dia asyik mengira-ngira.. "Lambatnya bulan sembilan.. hehe. Yerlahhh duk tadika, kan seronok bila tiup lilin depan kengkawan..

Tuesday, 3 May 2011

Daging Masak Kicap


 Punyalah saya rajin masak daging. Lecehkan... Sebenarnya idea tak lagi datang nak masak apa ni. Jadi saya sajer ler merebus daging ni itu pun dalam rice cooker hehehe.. Saya letak garam, rempah kari, ketumbar, garam, gula. Tunggu dia empuk. Dalam pada tu saya nak buat apa dengan daging tu, masih di tahap samar-samar lagi. Fikiran masih melayang. Macam nak buat kari, tapi hari tu saya baru lepas masak Sardin masak kari. Takut anak-anak dan suami muak pulak.

Saya pun blender lada buat persediaan jer kalau-kalau tetiba idea muncul. Punyalah payah jadi emak ni. Nak masak apa pun perlukan banyak masa nak fikir haha. Sebenarnya perut saya rasa kenyang, sebab tu idea lambat sikit. Kalau tengah lapar hmppphhh laju jer dia datang. Maklumlah nafsu kelaparan tu... haissyyy tak senonoh. Bukan apa, pagi tu saya buat Nasi Goreng pedas dengan lempeng serta sambal lada cili (lupalah nak ambil gambar.. tak apa lain kali eh) Tu yang makan tak hingat tu. Padahal, ni untuk makan malam ni, dia punya kenyang sampai ke maghrib ni.. hehe. Saya ni bukannya jenis makan banyak pun, tapi tu ler, badan ni macam gaya orang kuat makan.. Hairan saya.

Last-last dah habis saya ke hulu kehilir sambil tengok-tengok tv, saya pun tumis jer lada tu, daging tu saya campurkan dan saya letak kicap. Jadilah Daging masak kicap ni. Saya sebenarnya nak mengelak dari masak kicap ni. Bukan apa, kerap sangat masak kicap, tapi itu yang anak-anak suka. Ayah dia pun suka. Saya lagilah suka, sebab masak kicap ni, saya baling dari katil pun, dah boleh siap. Senang giler... hihi.. Besorkan malasss jerr saya ni kan... Sila.. sila jamu mata jerr..